Isnin, 25 Januari 2010

JEMAAH KITA DI JAYAPURA



Bismillahirrahmanirrahim... Mohon kesediaannya sebagai umat muslim untuk memberikan bantuan pada kami berupa Doa untuk saudara-saudari kita di Jayapura, dalam upaya penolakan terhadap pemda Manokwari yang menetapkan Manokwari sebagai (kota injil) yang mengeluarkan aturan-aturan najis kaum kufar: 
1. melarang perempuan memakai hijab/berjilbab 
2. dilarang mengumandangkan Adzan 
3. menghentikan bahkan meniadakan pembangunan mesjid dan beberapa aturan lain yang bertujuan menghilangkan pengaruh Islam di daerah kami. 
Mohon sebarkan pada semua muslim di tanah air, minimal semua muslim tau bagaimana perkembangan Islam di Jayapura, dan bagaimana gigihnya Nasrani dalam misi kristenisasinya...

Nafsu


-alahai nafsu oh nafsu-


Hawa-nafsu adalah umpama kuda yang liar, begitu liar dan merbahaya untuk ditunggangi, tetapi bila tahu kaedah atau jalan menjinakkannya maka jadilah dia bak kuda jinak yang taat kepada tuannya. Hawa-nafsu juga umpama api yang membakar, sebanyak mana kayu dilempar kepada api tersebut, sebanyak itulah ia membakar malah kian menyembarak hatta seluruh hutan mampu dibakarnya namun sebaliknya bila dikawal, jadilah dia seperti api yang digunakan untuk memasak.

SALAHKAH CINTAKU?-FIRST LOVE STORY-




ASTAGHFIRULLAH..
HMM..RAMAINYA YG TANYA TENTANG SOALAN INI..
ADA YANG SENANG UTK DIJAWAB..TP TIDAK KURANG ADA YG SUKAR UTK DIFAHAMKAN..
SALAHKAH CINTA? MACAM MANA PULA DENGAN PENDAPAT COUPLE ISLAMIC? KONONNYA CINTA KERANA ALLAH? MEMANG PERASAAN ITU FITRAH TP, BAGAIMANA SEBERNYA CINTA YG HALAL TU.. KESIAN SANGAT..RAMAI YG DAH TERKELIRU... BAGI HATI2 INSAN BERIMAN INGATLAH! AWAS! JANGAN SESEKALI MENGUNDANG BAHAYA...KERNA INI SEMUA ADALAH FITNAH.. UTK MENJAWAB PERSOALAN INI, UKHTI MUJAHADAH NAK BAWA  KALIAN FOLLOW STORY NI.. MUNGKIN ADA YG DAH PERNAH BACA.. CERITA NI ANA CREDIT DARI SEORANG SAHABAT..DAN STORY NI PERNAH DI KONGSI BERSAMA OLEH HALAQAH ANA..OK SEKARANG APA LAGI..JOM..RENUNGI BERSAMA-SAMA SEBUAH LOVE STORY..JOM KITA USHA...SEBENARNYA..TEPUK DADA TANYA IMAN..APAKAH CINTA YG KTA CINTA SELAMA INI BENAR2 BERLANDASKAN HUKUM ALLAH..SALAHKAH PERASAN TU..HUHU.. SALAHKAH CNTAKU?









Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna. Dalam kelas kawan-kawan semua tak suka saya. Saya nak 'join', diorang kata saya menyibuk. Ada pula yang kata saya kuat emo. Sikit-sikit nak marah. Padahal sebenarnya saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.
Lepas tu saya cuba buat lawak, kononnya nak tarik perhatian orang lainla. Saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya, terutamanya budak-budak perempuan. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).Tapi saya tak kisah. Asalkan ada yang terhibur. Pernah sekali tu, saya dapat award kelas – ‘Penglipur Lara Hati Nan Duka’. Huhu~
Tapi saya tetap merasakan kekosongan. Memang lumrah manusia, seoarang lelaki akan tertarik kepada perempuan. Macam itulah yang saya rasa. Saya tengok kawan-kawan ramai yang dah 'couple'. Dalam dorm sms awek sampai pagi. Ada yang ‘call’ awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit. Walaupun nampak macam membazir, tapi rasa ‘jelous’ tetap hadir di hati.
Saya mula berfikir, "Adakah aku perlu BERCINTA?" Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu, saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'. Dan masa itulah saya kenal awak. Saya rasa saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya.
Mula-mula awak jual mahal. Taknak layan saya. Tapi saya tak kisah, mahal pun takpe, nak beli gak. Dan akhirnya, dipendekkan cerita, saya pun mulalah BERCINTA dengan awak.
Masa bercinta, memang saya sangat-sangat bersemangat. Apa orang minang kata..'ALL OUT'lah. Hahaha.. Saya selalu call awak, awak pun selalu call saya. Malam-malam 'gayut'. Kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam. Tetapi segala PENGORBANAN yang dilakukan masa ber'couple' tu, tidak terasa pun kehilangannya.
Masa bercinta memang indah. Semuanya indah. Sikit-sikit gurau-gurau. Sikit-sikit gelak-gelak. Kalau merajuk sama-sama pujuk-memujuk. Kalau 'birthday' kita sambut sama-sama. Untuk diri ini,terasa amat bahagia. Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai. Saya pernah terfikir, biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam, kata saya macam-macam, asalkan saya ada awak yang memahami saya. ~credit to rhymee~
Hampir setahun kita bercinta. Sekarang dah masuk tingkatan 5. Suatu hari saya dengar ceramah. Alhamdulillah, daripada ceramah itu saya sedar yang saya banyak buat dosa dan saya kena berubah. Hidup saya mesti selari dengan Islam. Saya kena jadi orang baik. Sebab memang itu fitrah manusia,menginginkan kebaikan. Semua orang nak masuk syurga kan? Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid. Rapatkan diri dengan Al-Quran. Selalu solat jemaah awal waktu. Selalu dengar tazkirah. Lepas itu saya beli terjemahan Al-Quran, sebab nak tadabbur Al-Quran. Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak. Saya taknak jadi baik seorang diri, jadi saya ajak awak sekali. Saya ajak awak baca Al-Quran. Saya kejut awak bangun subuh(calling). Saya ajak awak saling beri tazkirah. Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya. Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak berhenti couple. Saya kata, kita bukan buat benda yang salah pun. Bercinta kerana Allah. Kita couple tak macam orang lain. Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je. Ada yang siap buat mksiat lagi. Pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi. Tapi kita couple baik-baik. Jaga batas-batas syara'. Tak guna ayat jiwang-jiwang. Janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat. Cuma sms dan call je. Dan awak terima perubahan saya itu. Saya pun banyak nasihatkan awak. Awak pun terima. Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu, tapi saya faham, perubahan memerlukan masa. Dan akhirnya saya rasa, hubungan kita semakin diredahai. Saya selalu berdoa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan.
Dalam proses perubahan saya, saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib. Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran. Kalau kita tidak berdakwah, kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak. Sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-A'raf, surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik. Tegur mereka apa sahaja yang silap. Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah atau dosa. Saya mesti nak tegur. Selemah-lemah iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman, apa lagi, tegur la depan-depan. Awak pula selalu nasihatkan saya, jaga perasaan orang lain, berdakwah kena berhikmah, tak boleh kasar-kasar, nanti orang benci. Nasihat awak tu sangat berguna buat saya.
Lepas tu, satu masa. Saya terbaca artikel tentang couple. ‘COUPLE HARAM’ tajuknya.

Saya tak percaya. Tapi bila baca detail-detail yang diberi, macam betul pula. Ingat nak bincang dengan awak, tapi berat pula rasanya. Saya fikir kembali. Kita tak buat maksiat. Kita tak jalan-jalan pegang tangan. Tak jiwang-jiwang sangat. Cuma saling ambil berat, tanya khabar, borak-borak, siap ada bagi tazkirah lagi. Apa yang haramnya dengan benda ni? Biasalah, kalau kita suka satu benda tu, kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita. Saya pun buat tak tahu pasal benda tu dan teruskan saja hubungan kita. Masa terus berlalu. Sedar tak sedar peperiksaan percubaan SPM dah dekat. Tiga minggu je lagi. Dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan-kawan. Buat 'study group'. Pada masa yang sama, bagi tazkirah. Ada yang terima. Ada juga yang buat tak tahu. Kadang-kadang bila tegur, saya kena marah pula. Macam-macamlah alasannya. Ada kata saya tegur tak berhikmah, ada yang kata saya menunjuk-nunjuk. Tapi saya tak kisah, saya ada tempat nak mengadu, huhu. Suatu ketika, ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri, saya terjumpa ayat ini:
Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri
(kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun berfikir, "Selama ini aku asyik tegur orang je. Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan, Cepat marah, suka buang masa, ada lagi dosa-dosa yang masih dilakukan. Macam mana ya?" Lepas tu terjumpa pula ayat ini :
Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. (Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan. "Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.." Berfikir sejenak. Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak? Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh? Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah tahu saya selalu berhubung dengan perempuan? Dan terkadang saya rasa serba salah? Macam-macam yang saya fikir. Dipendekkan cerita lagi sekali,saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dakwah. Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap. Dalam perjalanan ke seminar tu, saya masih sms lagi dengan awak dalam bas. Sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu dan lain. Dalam fikiran saya, "Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf, pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri. Lagipun kami semua penat. Pihak penganjur pun faham. Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam. Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ. Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple. Tapi saya teragak-agak. "Kalaulah betul couple tu salah, habis tu, nak buat macam mana? Aku kena 'clash' ke? Alah, buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?" Lalu saya menghampiri fasilitator tu. Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri. "Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit, boleh?"
"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?" "Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanlah setakat kawan biasa. Rapat jugalah. Bukan rapat biasa-biasa, tapi rapatlah.." “Bercinta ke?” Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula abang tu kate. Mesti dia marah punye. Tapi bagi dalih apa lagi. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya: "Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?" Dengan suara yang lembut abang tu jawab: "Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia." Saya tak mahu mengalah.
"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."
Sambil abang tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah aje. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?" Betul juga katanya. Lepas tu saya kata,
"Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?" "Em, betul, anta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji taknak call dia pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi, masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.." " Zina hati?” Saya menduga. "Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah s.a.w. jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnya, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati." Saya terdiam. Kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang abang tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung. "Ana dulu pun couple juga. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak grad. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana terus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta." "Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat." Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan abang tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Abang tu jawab, "Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi." Saya terdiam lagi.
"Pasal dia pula, cuba anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, dia takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau dia buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan menanggung balasan atas perbuatannya sendiri." Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram. "Jadi apa saya nak buat bang?"




 


"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu." "Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ada juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?" "Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat 'group discussion', masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai 'group discussion partner'." Tiba-tiba saya terfikir, "Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?" "Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?" Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab,
"Anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni? Abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan." Alamak, tak boleh lari lagilah nampaknya. Saya rasa macam abang ni paksa saya clash masa tu juga. "Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup." "Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan." "Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri." Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri.
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat, jadi rasanya, inilah masanya." Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.." Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika.saya tekan juga button [send].Lepas tu tertera di skrin.SENDING.. MESSAGE SENT
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak.."Terima kasih bang.." "Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata. Tak sangka. Memang tak disangka. Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya. Tiba-tiba saya teringat ayat Allah, Surah Al-Baqarah, ayat 216, Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.




Masa terus berlalu. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang, tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di masjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil. Macam-macam yang berlaku. Ada kritikan, ada juga yang setuju. Cuma kali ini saya tak dapat nak mengadu pada awak, tapi saya jumpa tempat mengadu yang lebih baik, pada Dia, Allah yang Maha Mendengar. Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak. Awak bagi gambar bunga. Bawah tu ada ayat, "Seindah gubahan pertama.." Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir, "Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir. "Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan.
Lagi satu, Jangan cari cinta manusia,ia penuh dengan penipuan,kekecewaan,dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..tiada penipuan,tidakkan pernah mengecewakan, itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..
-Yang Terakhir- "
Saya dah buat keputusan. Saya pasti apa yang saya buat ni betul. Saya yakin, saya tinggalkan semua ini demi mendapatkan redha Allah. Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik untuk saya. Dan saya takkan sekali-kali berpatah balik.









Ahad, 24 Januari 2010

bantu ana Ya Allah

astaghfirullah.
apa yg ana nampak ni..ana dah tak mampu bertahan..ana kena bertindak..
Ya Allah jangan lemahkan roh imanku..mcm mana harusku nak selamatkan semua ni..
salah ana..hampir 2tahun ana jarang dampingi dia..setelah ana menjejakkan langkah ke dimensi tarbiyyah tp..ana yg salah!!!Ya Allah..Ana tak kuat sebenarnya.berat amanah-Mu ini..peganglah hatiku agar tidak tergelincir dari landasan-Mu..Ya Allah bantulah, tolonglah dia..bantulah kami,

Ya Allah..maafkan ana Ya Allah.ana  tak sentiasa di sisi dia..ana tak selalu bersama dia..ana yg bersalah sebenarnya..dgn seizin-Mu Ya Allah,ana sebenarnya, dah tau rahsia dia.ana tak marah dia..ana stay sayang dia..dia perlukan tarbiyyah..dia perlukan cinta dari-Mu, Cinta Teragung dari Pemberi Cinta. Kerana Engkau Yang Maha Memiliki segalanya,,tulus sejujurnya, aku bermujahadah sendiri..menahan hiba di hati...Ya Allah, bagaimana harus ku luruskan semua ini..Ya Allah, ku sedang menggempur ujian dari-Mu..bantulah aku...

Jumaat, 22 Januari 2010

WANITA DAN POKOK SEMALU

diceritakan suatu ketika pernah baginda sedang berjalan-jalan ngan fatimah.ketika melintasi sepohon pokok tamar,fatimah terpijak pokok semalu dan kakinya berdarah.fatimah bertanya kepada ayahnya,apalah gunanya pokok semalu tumbuh di situ?rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa sifat fizikal pokok semalu amat berkait rapat ngan wanita.terdapat 4aspek pengajaran yg boleh diambildaripada kejadian pokok tersebut.
1.sifat pokok semalu yg menguncup apabila disentuh.ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyaiperasaan malu yang bertempat.
2.semalu mempunyai duri yg tajam untuk mempertahankan dirinya.simboliknya,wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruahnya.
3.akar tunjang pokok semalu kuat dan mencengkam bumi.ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keimanan yg berakar umbi dlm jiwa 
4.semalu menguncup denagan sendirinya apabila senja menjelang seolah2 ciptaan Allah ini seperti mengingatkan kepada kaum wanita pulang dan duduklah di rumah ketika hari hampir gelap.menurut riwayat baihaqi terdapat 99 bahagian tarikan pada diri wanita berbanding lelaki.oleh itu Allah kurnikan sifat malu pada wanita.

Khamis, 14 Januari 2010

ku cari jalan pulang

dinihari..aku di sini..
mencari sisa-sisa rindu 
untukku temui Pemberi Cinta Yang Teragung.

Entah 
apakah yg telah kulalui hari-hari semalam.
jauh dan hampir saja ku tersungkur.
lemahnya aku..

sudah lah..
terlalu jauh onak ku tempuh..
entah mengapa sengaja ku mencari nahas..
hingga hampir saja aku terbabas..
kukumpul kembali sisa-sisa roh imanku..
 kukumpulkan..kuhimpunkan.........
aku tidak sanggup lagi menhanyutkan diri.
utk jauh dari DIA..
Ya Allah..terlalu jauh aku tergelincir.. 
entah mampukah aku utk terus menggila..
aku tidak lagi ingn ingkar..
biarlah kasih dan rinduku 
bersemadi bersama lazzah dan halawah
cintaKU pada-Mu..

ku cuba mencari jalan pulang..
tpi ada kudrat menghalang...

jangan! 
jangan engkau berpatah kembali..
tu semuanya bicara syaitan
itu semuanya omongan nafsu


 









anti insan di tarbiyyah
anti adalah jemaah dakwah
anti dah tak ingat akan halaqah cinta dakwah anti?
astaghfirullah..
bagaimana bisaku lupain..
sahabiahku..ana sangat sayangkan organisasi dakwah ini...
bertuahnya ana..entah tidak sangka ana..
awal kehadiranku di jabal dakwah
(sekolah ni atas bukit)
dgn seizin Allah, 
ana yg tidak pernah berkecimpung secara total dengan 
dakwah dan tarbiyyah
tetapi
MasyaAllah..
hebatnya cinta-Mu
sampai begitu sekali cinta dan kasih-Mu pada hamba yg ingkar ini




akhwat dan ikhwah badar al-firzanah 08/09

entahkah kalin juga masih istqamah sepertimana dulu
tatkala kita bersama memikul amanah
dakwah dan tarbiyyah
berjuanglah

Selasa, 12 Januari 2010

Mutiara Kata

"Demi Allah Yang Esa, ssungghnya tak sediakan jalan yang mudah utk menuju cintaMU, mnitis air mata tatkala merasa semakin jauh..tetapi janji Allah tetap segar & mekar tiada pengkhianatan..krana ku tetap yakin, Allah mengatakan "wajiblah cintaKU kpd org2 yg berkasih syg padaKU.."

(As-Syahid Hassan alBanna)

Hati kita ibarat sepohon pokok yang kekeringan, suburkanlah ia dengan siraman Zikrullah..pasti ianya mekar lantas membuahkan buah amal seranum halawatul iman.......usah biarkan ianya layu dengan racun dunia.....pagarilah ianya dengan tembok puasa kerana puasa itu menundukkan nafsu serta mendidik jiwa..
*credit dari sahabat yang bernama huda di friendster ana

Isnin, 11 Januari 2010

BAYANGKANLAH

pENTING..BACA NI..
AKU DAH TAK MAMPU MENASIHATIMU SAHABATKU...
TAPI CARILAH RINDU DAN CINTA MU YG SEBENARNYA..


TAJUK: BAYANGKANLAH

Bayangkan apabila Rasulullah SAW dengan seizin
Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.....
Baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di
muka pintu rumah kita,
Apa yang akan kita lakukan ? Mestinya kita akan
sangat berbahagia, memeluk
Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda
masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta dengan sangat
agar Rasulullah SAW sudi
menginap beberapa hari di rumah kita.

Baginda tentu tersenyum... .....
Tapi barangkali kita meminta pula Rasulullah SAW
menunggu sebentar di
depan pintu kerana kita teringat Video CD rated
18xxx yang ada di ruang
tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu
video tersebut ke dalam.

Baginda tentu tetap tersenyum... .....
Atau barangkali kita teringat akan lukisan wanita
setengah telanjang yang
kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita
terpaksa juga memindahkannya
ke belakang secara tergesa-gesa.

Barangkali kita akan memindahkan lafaz Allah dan
Muhammad yang ada di
ruang samping dan kita meletakkannya di ruang
tamu. Baginda tentu
tersenyum.Bagaimana bila kemudian Rasulullah SAW

Bersedia menginap di rumah kita ?
Barangkali kita teringat bahwa anak kita lebih
hafal lagu-lagu barat
daripada menghafal Selawat kepada Rasulullah SAW.

Barangkali kita menjadi malu bahwa anak-anak kita
tidak mengetahui sedikitpun sejarah
Rasulullah SAW kerana kita lupa dan lalai
mengajari anak-anak kita.

Baginda tentu tersenyum... .....
Barangkali kita menjadi malu bahwa anak kita tidak
mengetahui satupun nama
keluarga Rasulullah dan sahabatnya tetapi hafal di
luar kepala mengenai
anggota Power Rangers atau Kura-kura Ninja.

Barangkali kita terpaksa harus menukar satu kamar
mandi menjadi ruang Solat. 
Barangkali kita teringat bahwa perempuan di rumah
kita tidak memiliki
koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan
kepada Rasulullah SAW.

Baginda tentu tersenyum... .....
Belum lagi koleksi buku-buku kita dan anak-anak kita. 
Belum lagi koleksi kaset kita dan anak-anak kita.
Belum lagi koleksi karaoke kita dan anak-anak kita. 
Kemana kita harus menyingkirkan semua koleksi
tersebut demi menghormati junjungan kita ? 
Barangkali kita menjadi malu diketahui junjungan
kita bahwa kita tidak
pernah ke masjid meskipun azan berbunyi.

Baginda tentu tersenyum... .....
Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat
Maghrib keluarga kita malah
sibuk di depan TV. Barangkali kita menjadi malu
kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu

kita untuk mencari kesenangan duniawi. 
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
tidak pernah menjalankan solat sunat. 
Barangkali kita menjadi malu kerana keluarga kita
sangat jarang membaca Al-Qur'an. 
Barangkali kita menjadi malu bahwa kita tidak
mengenal tetangga-tetangga kita. 

Baginda tentu tersenyum... ....
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
menanyakan kepada kita
siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di
depan rumah kita.
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah SAW
bertanya tentang nama dan
alamat tukang penjaga masjid di kampung kita.
Betapa senyum Baginda masih ada di situ........

Bayangkan apabila Rasulullah SAW tiba-tiba muncul
di depan rumah kita...... 
Apa yang akan kita lakukan ? Masihkah kita memeluk
junjungan kita dan
mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah
kita ? Ataukah akhirnya
dengan berat hati, kita akan menolak Baginda
berkunjung ke rumah kerana hal
itu akan sangat membuat kita kalut dan malu.
Maafkan kami ya Rasulullah.. .......
Masihkah Baginda tersenyum ? Senyum pilu, senyum
sedih dan senyum getir....... . 
Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah.. ......
Wallahua'allam.

Selasa, 5 Januari 2010

LOOk !!!ATTENTION for our mission!!!!



 IN THE NAME OF ALLAH

by this second..
for the truth and real misson, only LILLAHITA'ALA..
therefore I want to invite myself also you...you...and YOU...
to join our travel and journey to continue the step of DAKWAH
from our beloved RASULULLAH to
'ALA KALIMATULLAH..
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR!
ALLAHU AKBAR! WALILLAHILHAM!!!


BELIEVE ME..
1Malaysia is not my mission...also not our mission...
therefore even WHO ARE YOU AND WHO I AM... is not the important things..
because if you are the MUSLIM..., we MUST KNOW...!!
THE IMPORTANT IS, WE ARE ...
"UMMATAN WAHIDAH"!!! "THE ONE OF UMMAH"!!! "UMMAH YANG SATU"!!!


we play in the same track..
we must try to tell the world..
we should help our beloved jam'iah....
we must save our jam'iah islamiah from the evil and his followed enermy of islam..
ALLAHU AKBAR!!!


they should know "THE BEAUTY OF ISLAM"
they should know islam is "THE MOST BEAUTIFUL AD-DIN"
WE MUST TELL THEM..

HAYYA MUSLIMIN...
ISTAMI' HAZAL SHOUTUN DHOMIRI...
WE KNOW..

"ISLAM IS THE WORLD OF BEAUTIFUL AD-DIN,
EXPLORE IT,
USE IT,
YOU WILL LOVE IT"


although I'm not very well in writting, but I will try....and you also must try...
tell the world...they can not do our ummah likes an animal..
came on...


COME ON THE ARMY OF MUSLIMIN...
HAYYA
COME ON THE ARMY OF SALEHUDDIN AL-AYUBI...


HAYYA WASOL HAZAL JIHAD..
HAYYA WASOL HAZAL SIROTOL MUSTAQIM....


Insha-Allah...
we must try together to make a united of muslim..


ALTHOUGH I DO NOT KNOW WHAT YOU DO,
BUT I KNOW,
HAVE SOMETHING YOU CAN DO..
FOR OUR BELOVED UMMAH..
FOR OUR BELOVED AD-DEEN..
TO CONTINUE
THE JOURNEY OUR BELOVED RASULULLAH... BECAUSE
WE HAVE A MISSION
WE ARE

"UMMATAN WAHIDAH"


Isnin, 4 Januari 2010

A Letter From Gaza


A Letter From Gaza




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

My dear sisters and brothers I wanted to take this opportunity to send you a message from the sisters and brothers in Gaza. Please hear our situation and tell everyone that you know and don't know.

When the Zionists attacked us on 27th December 2008, they not only attacked Hamas, they not only attacked the Muslims of Gaza, they attacked Muslims everywhere. They attacked Islam in the hope that they will weaken it and ultimately destroy it and ummah of Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم. And they will never stop here. They want the beloved Al Aqsa, they want the West Bank and believe me when I tell you that they want the whole of the Middle East. But they will never succeed. They will never remove the light of Allah inshAllah. Our situation is dire but our iman is strong Alhamdulillah, even though we have no water to speak of, and when we do, it is polluted and diseased. We have no money to buy mineral water. When we find the money those that sell it say that it is too dangerous for them to travel out to get new supplies. We have no gas, and have not had for the last four months. We cook the little food we have on real fires that we have learned to prepare. Our men have lost all of their jobs. They spend their days at home now. My husband can spend a day just going from place to place just for the basic need of water. He usually returns empty handed.

There are no schools, no banks from which we can withdraw our money. Few hospitals are open for our wounded. You are constantly aware that you risk your life when you go out and when you are indoors. They give us a curfew between 1-4pm. We can go out, they say, in safety to get your supplies, but that is a lie. They have often used that opportunity to add more shuhadaa to their list.

We eat one day rice and one day bread. Meat and milk are a luxury. They are using chemical warfare in the areas which are on the borders. They are killing us by bullets and tanks and B52s, but they are also killing us slowly by starving our children, inflicting indescribable diseases with their chemical warfare and laughing as our suffering becomes prolonged and unbearable. All this and we are being told that people demonstrate all over the world. MashAllah the fact that you go to embassies and leave your homes makes us feel truly that we are not alone in our struggle. But you go home at night and lock your door. We cannot do that. I have to leave my home on the second floor every night and stay with my sister on the ground floor. Should there be an attack, it's quicker to leave from the ground floor.

But the ummah is asking where are the Muslim armies? Where is the victory? And where is our true leader who will save us from this death? Where are the armies of Salahadeen Ayubi? Do not look to the UN, they recognised Israel in 1949 as a state and sealed our fate as it is today. Do not turn to America or Britain, did they not invade our ummah in Iraq and Afghanistan. Call the armies in Egypt, in Syria, in Turkey, in Saudi Arabia, and Pakistan. In Bangladesh, in the Gulf, in Indonesia and in Libya where are they? Are they content to watch women scream for their help as they bury their young children? Are the screams of their sisters and brothers falling on deaf ears? We have a right to eat and drink in safety and security. We have a right to laugh and live in hope, do we not? Yes we are tired.

When we hear rockets and bombs and see planes that fly too close to our building, I scream with my young son and my husband feels helpless. The brothers will know what it must be like to feel helpless to protect the honour and lives of your family. It kills something of him inside. We often wonder when will they sell our land cheaply, will it take one thousand or two thousand deaths. We wait to see. The Israelis have started to plan where their settlements will be in Gaza. This is what we have become. In all this there is no one but Allah سبحانه وتعالى that can save us.

Don't forget us because you are all that we have now. Your sadaqaat is not reaching us, and when they open borders it only reaches a few who can do nothing with it because we risk our lives just to buy food. They will kill anyone, anyone even if he is a five year old child carrying food for his family. We want to live from the sweat of our men, not from the sweat of others because we are dying. Keep up the work of Allah and pray and work for the victory that will come soon and rescue our ummah everywhere inshAllah. May Allah سبحانه وتعالى make us steadfast in our deen, during struggle and during ease. Ya Allah bring us the victory soon and re-establish Islam as the authority by which we live, Ya Allah send us the sons of Salahudeen, the army of Islam to rescue Mohammed's صلى الله عليه وآله وسلم ummah from the oppression under which we live. Ya Allah protect our children and remove the zionists from our land. Ya Allah witness today that we account our rulers, we pray that you return our true leader the Khaleefah soon.

Ameen.

 والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


--Your sister umm Taqi--(from Gaza)

credit from www.iluvislam.com
Oleh: An Nisa




Gunakan senjata mukmin iaitu DOA. Seseungguhnya Allah dekat tatkala kita berdoa



astaghfirullah...hati ini bermujahadah

aku alpa rupanya...di sini ana pernah mencoretkan selembar madah hati ana,..........

agak lama...masa tu ana masih warga taman islam semekak..time 2009..

coretan ini ana bukukan di atmaku pada 20/9/09..

huhu..bermujahadah la ana...

SEPERJALANAN menuju ke baitul muslim hasil binaan abi, hati ana tidak mampu menyangsikan bahawa sesungguhnya, atma ana tidak mampu untuk berdiam. Banyak yang ana fikirkan. Subhanallah, bertuahnya ana. Ana masih mampu berfikir menggunakan bisikan iman. Perg! Ana rasa beruntung sangat. Yups, Allah itu Maha Penyayang… dalam erti kata lain, Penyayang gila!! Allahu Akbar..

ku sekadar insan yang sangat kerdil.

Sehebat mana cubaanku untuk membuktikan aku adalah hamba-NYa,

namun hakikatnya,

ia masih tidak sebanding

malah tidak mungkin setanding kehebatan dan keagungan-Mu, Ya Allah…

Ya Rabbul I’zzati.,

aku terlalu lama

membiarkan hatiku sebati dalam keadaan yang kurang cantik untuk insan beriman,

Namun tidak pernah sekalipun Engkau tinggalkan aku,

Beruntungnya aku…

Aku tidak lagi mampu menyangkal

Tapi, entah mengapa aku

Arg, mengapa aku sering membuat laku yang memungkin aku mendapat murka-Mu.

Arg! Jahilnya aku..

apakah aku masih berpeluang untuk mendampingi-Mu.

Ana tahu…

Salah ana sebenarnya…

Semua ini kifarah dari-Mu…

Semua ini adalah tanda murka-Mu…

Semua ini juga tanda kasih sayang-Mu…

Ya Allah…

Ampunkan segala dosa-dosa ana…

Ana adalag da’i yang tidak berjaya…

Ana adalah da’I yang gagal menyempurnakan tugasnya…

Walyazubillah…

Ya Rasulullah…

Ana cuba untuk mengikut sunnahmu…

Ana cuba untuk mempertahankan iman ana..

Tapi,kenapa?

Kenapa mesti ada yang kurang mengerti dengan tafsiran ana..

Hingga ada yang menuduh ana cover nak mati…

Ada yang kata ada bajet dengan ilmu terisi…

Jika ana pengikut setia nafsu amarah ingin saja ana bicarakan

Bodohnya!

Kenapa jahil sangat agama!

Semua ni adalah kerna Allah!

Semua ini kerna ad-din Allah!

Tapi..

Kenapa masih menuduh ana..?

Tengoklah..

Ana gila sakit hati dan terasa..

Engkau dah memutar belitkan tindak-tandukku

Yang asalnya satu mujahadah..

Ya! Satu mujahadah utk mempertahankan imanku..

Tapi engkau terlalu jahil mentafsirkan

Perasannya!

Aku dah tak mamapu membendung amarahku…

Nantikan saja tuntutanku di masyar!!!!

NANTIKAN SAJA TUNTUKAN KU DI MASYAR!!!!!!

KERNA ENGKAU MEMEPERMAINKAN ERTI MUJAHADAH!!!!

ENGKAU MENOLAK PENDIRIAN KU….

DAN ENGKAU MENGGILA SENDIRI..PERGLAH ENGKAU…

JANGAN MENJATUHKAN DARJAT IMANKU LAGI..

Bodohnya!

Kenapa nak korban diri dengan nafsu serapah!

Adakah kau fikir nekadmu membunuh diri

Memungkinkan ana menerimamu…

Asifah… ana bukan gadis macam tu…

Tolonglah!!!!

Gila!!!!GILA!!!GILA!!!!

KALAU SEMUA ITU TELAH KUTAHU HUKUM HAKAMNYA

APAKAH WAJAR AKU MELANGGAR!!!!

MAAF!!!MAAF!!!

AKU TIDAK MUNGKIN MENGASIHANI NAFSUMU

YANG HANYA MEROBEKKAN KESUCIAN CINTAKU PADA AD-DEEN INI..

Dan engkau pula,

Apakah kau yakin

Dengan berselindung dek kalam ilmu,

Dengan liuk kata yang menggoda dan mencarik imanku

Sedangkan benda iitu lagho!!

LAGHO!!!LAGHO!!!!LAGHO!!!

MANA MUNGKIN AKU TIDAK MENEPISMU…

KERNA PERBUATAN ITU MENGUNDANG KEMURKAAN ALLAH YANG AKBAR!!!

ANA TAHU ENGKAU HIDUP DALAM FIGURA AGAMA…

Siapa mampu menyangkal

Indahnya didikan ibu bapamu yang merupakan pemberi ilmu,

Kedua mereka pendidik yang banyak mencurahkan nur ilmu,

Kernaa mereka yang diamanahkan sebagai guru agama…

Tapi kenapa!!!kenapa engkau begini!!

Engkau tahu!engkau mengaibkan walid&walidahmu….

Maafkan ana ya akhi…

Enta sering melampiaskan rindu,sayang , suka dan perkataan yang

Nauzubllah..lupakannya..

Tapi ketahuilah, bahawa sesungguhnya,

Cara enta menjalinkan ukhuwah ini,

Sedikit tergelincir dari landasan syariatnya..

Bukan ana perasan enta suka ana…

Tidak pernah sama sekali…

Ana masih sedar diri..

Yups,

Tidak mustahil di awal pengetahuan ana mengenai familimu

Mungkin ana terpikat

Kerna ana menyangka engkau sangat menjaga batas syariat..

Tapi malangnya, muamalatmu!!

Ada tindak tanduk yang bakal mewarisi kemurkaan-Nya..

Jadi,

Apakah wajar ana tidak menepis…

Ya tak salah bersahabat..

Tapi bukan dengan cara ini..

Engkau tahu,

Perbuatanmu menceritakan perihal buah hatimu

Sama sekali mengundang senyuman sinis ku…

Macam mana ibu bapa yang merupakan ulama yang dihormati

Anaknya langsung tidak menjaga diri..

aku didatangkan khabar yg tidak pernah kupinta.

Hmm, aku tidak pasti apakah aku sebenarnya kejam..

Aku tidak berniat untuk berlaku kejam terhadapnya..

Ya Allah, hamba-Mu tahu,

Engkau mendatangkan ujian ini untuk menguji hamba-Mu.

Tapi aku merasakan diriku tidak mampu..

Apakah dayaku sudah tiada..

Apakah berdosa aku melindungkan kalimah rahsia ini..

Apakah berdosa aku melindungkan perasaan ini..

Dah..udah…

Maleh ana nak layan…

Aku tidak sepatutnya lemah…

Bukankan terdapat satu hadis yang bermaksud:

“sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunykannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid.”

Arg..malas nak story…

Sejauh mana pun hakikat dan kebenarannya,

Aku yakin dia akan kata

PERASAAN SIOT… COVER NAK MATI..

SEJUJURNYA AKU TERASA… SANGAT TERHINA…

AKU TAHU AKU JAHIL… AKU TAHU AKU HNA.. AKU SEDAR DIRI..

TAPI JANGANLAH TERUS MENERUS MENGHENTAM HATI WANTAKU…

AKU TERLALU MENYANJUNGIMU TEMAN…

Tapi ketahuilah aku tidak ingin mengorbankan

Cintaku pada pemberi cinta…ana cinta Allah..

Allah..astaghfirullah…

Maaf…

Ya Rabb…

Aku telah lalai dan tersasar sewaktu mencari dan mendamba cinta kasih-MU..

Tiada lagi selepas ini kecuali cinta pada Allah dan Rasul

Juga mak ayah..adik2..

Juga mereka yg hak pada cinta ini…

Allahu Akbar

Surga Di hatiku