Ahad, 4 April 2010

SIMFONI JIHAD JABIRIAN SEMEKAK

Ana tak pasti apakah perasaan ana ketika ini. Ini bukan sekadar 1coretan yang ditaip menggunakan teknologi semata-mata akan tetapi ia adalah 1coretan mujahadah yang membara dalam nubari ini. Allahu Akbar! Hati ana bertakbir sendirian. Ia mula mendapat tempat dalam hati ana sewaktu...



“Ummi khuatir melihat keadaan umat Islam yg semakin lemas dihanyutkan arus modenisasi. Tapi kenapa ummi rasa anak2 ummi tidak meladeni erti jihad&mujahadah sbg insan beriman? Apakah tarbiah di Bait sia2 semata? Apakah krn kekhilafan&dosa ummi maka Allah letakkan hijab agar tidak menembusi hati anak2!?!” UMMI SHAHRIZA ,pengasuh Baitul 5Jabir membuka bicara (Oic,sebak weyh)..

“asif ya ummi,”kesal!bicara Haris,penghulu remaja islam,meresap dlm lubuk hati ahlul bait.

“ummi tak marahkan kalian.. erm,tp skrg ummi nak ceritakan 1kisah tentang jihad 24pejuang Islam Jabirian yg terletak di KOTA SEMEKAK 1masa dahulu...(perg!mcm bez jer citer ni)

Terpatrinya sebuah sirah apabila;

JENTERA Israel tidak senang duduk melihat Islam semakin mendapat tempat di hati penghuni KOTA SEMEKAK. Betapa halusnya Laknatullah ini memanipulasi pemikiran umat Islam hingga sukar dibezakan antara yg hak&ampbatil. Arg! Celaka punya Israel!
Wahai umat Islam di seluruh dunia, bangkit&sedarlah bahawa sesungguhnya keimanan&kecintaan kita pada agama suci ini cuba diragut. Kita adalah permata Islam yg sangat berharga.Bangkit&sedarlah duhai mujahid2 Allah sekalian. Takbir!(fuh semangat ana)


Alhamdulillah, ditakdirkan,CHE’GU LUKMAN   ,yg sentiasa menjaga amanahnya sebagai pendidik telah mengesan palesit2 yg dihantar oleh Israel. Dgn kerjasama PROF ADAWIAH usaha menggerakkan hati pejuang2 Islam KOTA SEMEKAK dimulakan agar mereka ISTIQAMAH pd siratal mustaqim.

Israel tidak pernah putus asa. Kali ini kekerasan digunakan. tapi, pejuang2 Islam tidak sekadar berpeluk tubuh, presis strategi peperangan sewaktu perang mut’ah, berbekal semangat jihad Khalid bin al-Walid, Zaid b Harithah, Abdullah Rawahah serta pejuang2 islam yg lain, JENERAL KHAIRIL ,PANG5 TENTERA memulakan serang balas. DR. FAZRIENA &DR. AMIRUL dihantar masuk utk menyumbangkan khidmat kpd mangsa2 yg tercedera. Israel telah menyebabkan ramai insan yg tidak berdosa menjadi mangsa. Arg! FOSFORUS digunakan utk hapuskan Kota Jabirian. Hal ini diketahui apabila AL-CHEMIST, PROF IZZAT & PROF ZYIAmengesan bahan yg digunakan Israel . DR IWAN &DR AI’E yg merupakan DR PAKAR dihantar ke barat KOTA SEMEKAK utk merawat penduduk di sana. Hairan mengapa barat KOTA SEMEKAK menjadi tumpuan. Jom kita analisa. Manakala DR ROSADA pula dihantar ke selatan negara tersebut. PROF MADYA FARAHIN , PAKAR PSYCOLOGY juga telah menyumbangkan keringat memulihkan semangat penghuni KOTA SEMEKAK. Melalui kajian SAINTIS JABIRIAN, PROF. ZAKRYL Penawar utk memulihkan kembali segala kecederaan fizikal mangsa2 yg terlibat ditemui. Beliau telah bekerjasama dgn seorang lagi AL-CHEMIST, PROF. SYAFIQ . Kajian yang dijalankan oleh dua orang saintis ini mengenai, penggunaan pokok seruling laut atau nama saintifiknya biflora trilobata yang dapat digunakan untuk mengubati luka yang kemudiannya dicampurkan dengan serbuk teh yang telah direndam di dalam air yang memiliki cas positif yang tinggi seperti air zam-zam boleh digunakan untuk memulihkan kecederaan fizikal seperti luka parah mahupun ringan. Idea dan kajian penggunaan serbuk teh ini diaptasi daripada produk kecantikan yang digunakan oleh SEMEKAK SPA. Sebenarnya penggunaan serbuk daun teh hanya dapat memulihkan paruh-parut kecil seperti jerawat dan membersihkan liang roma yang tersumbat akibat kulit berminyak. Akan tetapi, setelah dikaji oleh dua orang saintis muda ini, bahan campuran serbuk teh yang telah direndam di dalam air yang memiliki cas positif yang tinggi seperti air zam-zam dan diadun dengan campuran NaOH serta bahan antioxida yang lain yang dicampur dengan adunan daun dan akar pokok seruling laut ini, maka sejenis herba baru terhasil.

Penggunaan produk ini selamat digunakan oleh semua jenis kecederaan pada fizikal manusia mahupun haiwan apatah lagi sebarang jenis kecederaan yang berkaitan dengan kulit. Produk ini telah pun disahkan sebagai produk yang selamat oleh PAKAR KULIT kita, DR. CHA-ER SYAHIR . Keberkesanan produk ini dapat dilihat berdasarkan penggunaan beliau terhadap mangsa-mangsa dan para pesakit yang dihantar ke hospital tempat beliau ditugaskan. Lepas ni kalau ada student ragbi ka, bola ka yang mengalami kecederaan fizikal tapi nak hilangkan parut dalam masa yang cepat pergi cari doktor ni.

Berkaitan produk kecantikan berasaskan penggunaan serbuk teh, sebelum ini, Che’GU AMZAR  KAMPUNG BOY , bukan sahaja pernah menggunakan produk tersebut malah beliau mengesyorkan penggunaan produk ini kepada para pelajarnya. Biasalah, bila dah sertai Persatuan Jemaah Ansarullah iaitu persatuan yang terdiri daripada para pelajar yang berusia antara 13 hingga 18 tanun untuk memberikan bantuan sukarela kepada mangsa-mangsa kekejaman Israel Laknatullah di penempatan sementara sekitar utara, selatan, timur dan barat KOTA SEMEKAK , maka timbullah masalah jerawat dan bintik-bintik merah. Hal ini mungkin disebabkan peluh dan menyebabkan liang roma tersumbatnya, maka parasit-parasit pun mula membina perkampungan pada kulit muka. Kalau dah problem macam ni, tak selesa rasanya. Insya-Allah, bolehlah cari cikgu amzar kalau ada problem ni. Patut pung muka cikgu ni molek deh..

Astaghfirullah. Kurang diajar rupanya Israel terkutuk tidak bersendirian. Mereka turut bersubahat dengan penganalisa politik dunia yang “one yahudi”. Mereka sebelum ini telah pun berjaya dengan cubaan mereka untuk memanipulasi hati penghuni KOTA BITAGARA yang dihuni oleh lebih dari 5 jenis penganut agama yang berlainan, termasuklah salah satu daripada mereka terdiri dari jemaah islam kita. Mereka tanpa sedar telah menjalankan agenda “one BITAGARA”. Kuang ajaq!!! Halusnya perancangan mereka sehinggakan sebahagian besar muslim dari KOTA BITAGARA menyokong agenda tersebut. Sedangkan ianya bukan idea asal Pemimpin mereka. Ianya adalah cadangan dari penganalisa politik dunia. Cuba anda bayangkan, jika semua agama dianggap sama. Tidak mungkin sama sesekali iman ini akan meredhai.

Hal ini sebenarnya didedahkan oleh SIFU YEN NAZRIN , Pensyarah Sosial Budaya. Tapi student beliau dah terbiasa panggil beliau ni sifu. APA-APA JA. TUNJUK AJARKU SIFU. Beliau telah pun membuat beberapa kajian mengenai agenda”one” of “one” ni.. hmm macam-macam sekarang ni kan. Wabak “one” itu, “one” ini.. sampaikan wabak “wan” pun ada. Ni pun masalah besar ni. Sebab di KOTA SEMEKAK wabak ni menyerang muslimat. Ramai muslimat yang fitnah hati sebab wabak-wabak macam ni. Adeh. Islamic love la. Islamic Masjid. Islamic kebendanya, kalau antunna solat pun lupa baca tahiyatul awal. Lagho ni. Selamat berjuang akhwat2ku sekalian. Kalian belum dihalal untuk kumbang-kumbang mujahid ni. Oh wabak “wan”. Astaghfirullah macam-macam.
Berbalik kepada maudu’ agenda Israel ni. Macam mana kalau kita analogikan keadaan masakan. Andai kata semua kaum membawa bahan2 masakan dari agama mereka untuk dimasak di dlm kawah. Yang Melayu atau lebih tepatnya Islam memasukkan air zam-zam, kurma dll. Yang India dimasukkannya kari dan pelbagai jenis rempah tradisi, tiba2 Cina memasukkan daging babi. Apakah antum antunna yang dalam kalangan insan beragama akan makan makanan yang dimasakkan dalam kawah itu. Mungkin barangkali sekadar merasa kuahnya. Nau’zubillahiminzalik. Ini hanya sedar analogi tapi jika hakikatnya mengenai keadaan aqidah bendanya lebih parah. Apalagi tunggu! Nak sokong lagi agenda pelbagai jenis “one” ini. Hanya satu “one” yang seharusnya kita pegang. Yang sebetulnya agenda yang wajar direalisasikan. Iaitu “ONE OF UMMAH”! “UMMATAN WAHIDAH”! “UMMAH YANG SATU”! Inilah sebenarnya amanah yang seharusnya kita selesaikan terlebih dahulu. Inilah yang sebetulnya program yang seharusnya kita lancar dan mantapkan.

Ada dalam kalangan penghuni hampir biul kerana ketidak seimbangan otaknya kesan daripada serangan Jentera Israel, namun dgn khidmat PAKAR OTAK,DR HIDAYAH CEK YAH
Alhamdulillah,situasi itu berjaya dikawal. Laknat israel! Ada dalam kalangan penghuni KOTA SEMEKAK yg akidahnya hampir ranap akibat jiwa yg dibelengu dgn cinta dunia. Mujurlah tindakan tegas&efisyen UST ZARUL , iman kembali beraja. Subhanallah,siapa sangka usaha ustaz berjaya. Yups,hidayah itu milik Allah, namun kita juga perlu berusaha utk memelihara&menguasainya kerna nikmat iman&Islam adalah yg paling lazzah.

Setelah sekian waktu di medan jihad, tentera Islam kembali menawan KOTA SEMEKAK. Arkitek islam IR. MUSLIM CIK MUS telah bekerjasama dgn IR. FARAHutk membina benteng KOTA SEMEKAK&merancang utk menjdkan kota itu sebuah kota islam yg maju. Kini dakwah islam bertebaran di semua tempat di KOTA SEMEKAK. Ia diterajui oleh PENDAKWAH BEBAS PROF MADYA USTZH LYANA, Sebuah madrasah utk para hufaz dari semua peringkat yg dpelopori oleh beliau dgn usaha sama Ust Zarul serta tenaga pengajar yg lain, remaja2 liar yg dulunya bertebaran tersadai di atas puncak gunung BUKIT JIHAD (terletak di sebelah PUSAT ISLAM ANNUR-tempat berlakunya tragedi perang jihad sewaktu peristiwa USWATUN HASANAH) kembali ke pangkal jalan. Wang tajaan untuk membuka madrasah itu telah disumbangkan oleh seorang USAHAWAN yang berjaya, DATO’ AIMAN NUR.Selain itu, kerjasama salah seorang daripada PENSYARAH tersohor KOTA SEMEKAK, PROF AZZAM, dengan gaya penyampaian dan penerangannya yg jelas lagi clear,maka pemahaman, ideologi dan mentaliti umat Islam berjaya dijernihkan kembali.
Alhamdulilah. Lembut saja dahi menyembah bumi, bersujud dan bertasbih, mengalunkan zikir munajat kepada Allah Azzawajalla, Pemilik Segala yang memiliki.

Tunggu, masih ada lagi konco Israel yg tak serik2. Arg!! Jangan harap!!!
Kami, hati2 yang bersatu di atas pemerintahan Yang Maha Memerintah, ALLAHU AKBAR! Tidak akan bisa membiarkan umat kami dipesongkan akidahnya! Kami tidak sesekali membiarkan ummah kami dibengkokkan niat dan matlamatnya!Kami tidak gentar utk bertempur juga tidak bisa mengalah.kerana kmi tidak takut akan sesiapa melainkan ALLAH. Cita2 tertinggi kami hanya ingin SYAHID di jalan-NYA. Takbir!
ALLAHU AKBAR!!!

Operasi menyelamat ummah diteruskan.Melalui analisa dan persetujuan daripada PEGAWAI SYARIAH, AL-FADHIL UST. ZAKWAN , program2 agama dan agenda2 yg dijalankan oleh Jabatan Agama Islam KOTA SEMEKAK telah dimantapkan lagi.



Akhirnya islam berjaya merampas takhta. Memerintah kembali KOTA SEMEKAK. Memang smart. ISLAM FOR ALL!!! Takbir! Agama Allah ini merupakan ad-deen penduduk di situ.


Subhanallah!!! WUA..Dasyat tu.. best betul cerita ummi shahriza. Ana macam tak percaya ja, rupanya Baitul 5Jabirian tempat kami ditarbiyah ini pernah mengasuh dan mendidik 24 orang mujahid mujahidah islam yang hebat. Ada hikmah kami nakal .hehe..kalau tak mesti ummi tak pernah-pernahnya nak cerita kisah macam ni. Bertuahnya hamba-hamba-Mu ini Ya Allah.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhiperintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Mu.
Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidakn kunjung malap.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu.
Hidup dan suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu.
Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong.
Ya Allah perkenanlah permintaan ini.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin...

Panjang lebar cerita yang ummi sampaikan pada anak2 asuhannya..dan seraya berkata
Hmm, anak2 mesti tertanya2 siapakah mujahid2 Allah in. Untuk pengetahuan anak2 sekalian, 24org pejuang islam tersebut pernah menjadi pelajar tahun ke5,di Bait ini. Oleh itu kisah mereka dicatatkan sejarah sebagai SIMFONI JIHAD JABIRIAN SEMEKAK.

Tiba-tiba ana terfikir... apa pula sirah madrasah tarbiyah disekitar baitul 5jabirian ni. Sebabnya kalau tak silap ana, masih ada 4buah madrasah tarbiyah yang lain di sekitar tempat ana diasuh ni. Tak palah. Malam ni ana nak pergi online dekat JABIRIAN CAFE CORNER. Nak online facebook. Mana tahu, kot-kot ada akhwat2 dan ikhwah dari madrasah tarbiyah yang lain online, boleh ana tanya sejarah baitul tarbiyah mereka.
wallahualam
jadi kita sama2 ambil ibrah dari kisah ummi ni ya..
~TULUS DARIKU YG MENAIPKAN semula bicara ummi dari SIRAH MUJAHID MUJAHIDAH INI~
SIMFONI JIHAD JABIRIAN SEMEKAK.

~anna mujahadah~
akak1413@yahoo.com

Surga Di hatiku