Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Musafir 26 Oktober 2012 ┐('⌣')┌

Imej
Allah!!! :')

Terima kasih mak, terima kasih ayah. Jiwa rapuh menjadi gagah,
Biar asalnya terasa lemah.
Sedetik diri mencari uzlah,
Fitrah jiwa hamba, mampankan fikrah,
Merebut rahmah, Ketemukan hikmah.

Musafir dilangkah rancak, Terlena dalam gerabak,
Leraikan jiwa gelodak.
Rabb yang Maha membolak-balikkan hati,
Jiwa ini mencari solusi,
Musyawarah dalam interaksi,
Menghampar lembaran ilmi,
Merungkai kontroversi,
Mudah-mudahan dalam kerahmatan Ilahi.

Islam, Iman, Ihsan.
Tasawuf, Tarikat, Hakikat.
Generasi Ulul Albab Zikir&Fikir. (3:191)

Mujahadah, agar TIDAK TERKORBAN JIWA.  Meredah Samudera Dunia.
Biar dunia di tangan, tapi tidak di hati.
Kembara Mencari Cinta Ilahi. Allahu Rabbi #dilafaz Hamdalah~ Alhamdulillah~ Rabb, tiada lain selain syukur,  kerana masih bekalkan musafir ini dengan barakah doa mak ayah. Tiada lain selain syukur, kerana melindungi,

Terima Kasih Ayah, Lipatkan Tudung Saya

Imej
Bismillah.. ^_^ Assalamualaikum.  Salam Eid Mubarak Kullu am wa entum bikhair.
Selamat berpuasa 6.
La ni ceq nak membebel tentang.. Tadi masa tengah mengakses laman sosial muka buku.
Tiba-tiba terlihat ada sahabat yang memuat naik gambar masa zaman kecil-kecil.  Tak boleh jadi ni. Nak tiru jugalah.. wuargh...  Maka, teringin nak kongsi gambar ni.  Lantas, anna pun upload gambar anna tu dekat album facebook anna.  Masa dah upload tu, lama anna fikir.  Sebab anna sayang sangat-sangat gambar tu. Serius!!  Jadi Anna pun buatlah description dekat gambar tu. Dan anna copy masuk dekat blog ni. InsyaAllah.  Semoga bermanfaat. Sekadar satu perkongsian. Terimalah.
Terima Kasih Ayah, Lipatkan Tudung Saya


Gambar tahun 98.
Masa nak pergi taski, ayah yang lipatkan tudung. Sebab bila mak lipat ayah akan kata, "Mak hang tak pandai lipat tudung anak." Walhal bila ayah lipatkan.. muahaha. mcm nilah ayah lipat.

Sekarang bila pakai tudung, kena lipat sendiri. Ayah dah tak tolong lipatkan. Ini bermakna beta…

Edisi Ramadan: La Tahzan wanita :)

Imej
Assalamualaikum, Salam buat semua.. 
Ramadan Kareem.. Allahu Akram ^_^  Hari ni puasa tak..??
 Hari ni, saya akan kongsikan sesuatu dengan entaorang.  (entaorang=korang in islamic version..hehe..boleh??)
Sebenarnya entri ni saya buatkan khas untuk blog team nasyid, SMKA KERIAN tercinta di laman sesawang; blog Secerah Nur-Rahman.  Jika nak baca full entri di sini pun boleh. Silalah membaca hingga ke bawah.
Tapi jika nak baca full entri yang sama di blog Nur Rahman pun boleh.
 (Sila klik link ini-->  http://secerah-nurrahman.blogspot.com/2012/08/edisi-ramadan-la-tahzan-wanita.html )

InsyaAllah hari ni nak kongsi tentang Ramadan dan Wanitapengkhususannya tentang..

La Tahzan COOMING MOON. Bismillahirrahmanirrahim... Para pembaca yang disayangi Allah dan dan dikasihi Nabi. Entaorang tahu tak, ketika peristiwa haji widak Rasulullah mendapati Aishah sedang menangis. Aishah sedang buat apa kawan-kawan? ahahaa.. Sedang menangis. Aishah was crying. Rasulullah pun bertanya kepada Aishah, "Adakah …
Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua MUSLIMAH 


Wahai puteriku…
Aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…
Banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-t…

UNDANG-UNDANG?

Imej
::UNDANG - UNDANG MALAYSIA MACAM MANA????::


Sangat mengharukan, seorang hakim ...bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.

Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.

Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.

”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.

Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka…