Isnin, 27 Ogos 2012

Terima Kasih Ayah, Lipatkan Tudung Saya


Bismillah.. ^_^
Assalamualaikum. 
Salam Eid Mubarak Kullu am wa entum bikhair.
Selamat berpuasa 6.

La ni ceq nak membebel tentang..
Tadi masa tengah mengakses laman sosial muka buku.

Tiba-tiba terlihat ada sahabat yang memuat naik gambar masa zaman kecil-kecil. 
Tak boleh jadi ni. Nak tiru jugalah.. wuargh... 
Maka, teringin nak kongsi gambar ni. 
Lantas, anna pun upload gambar anna tu dekat album facebook anna. 
Masa dah upload tu, lama anna fikir.  Sebab anna sayang sangat-sangat gambar tu. Serius!!
 Jadi Anna pun buatlah description dekat gambar tu. Dan anna copy masuk dekat blog ni. InsyaAllah. 
Semoga bermanfaat. Sekadar satu perkongsian. Terimalah.

Terima Kasih Ayah, Lipatkan Tudung Saya



Gambar tahun 98.

Masa nak pergi taski, ayah yang lipatkan tudung. Sebab bila mak lipat ayah akan kata, "Mak hang tak pandai lipat tudung anak." Walhal bila ayah lipatkan.. muahaha. mcm nilah ayah lipat.


Sekarang bila pakai tudung, kena lipat sendiri. Ayah dah tak tolong lipatkan. Ini bermakna betapa saya dah lama dijaga ayah dan mak. 

Saya dah besar ka? Ya RAbb, kenapa cepat sangat saya besar..huhuu~ Walaupun badan saya kecik ja, tapi..tapi.. heh..sedih pula..ades~ ==' 

Tarbiah ayah sangat hebat. Serius!! Cuma anak-anak ayah yang tak reti bersyukur. huhuuu.. ayah ampunkan saya. Nak cakap direct dekat ayah, ngee saya malu. 


Kadang-kadang saya terfikir, segannya kalau orang tau saya anak ayah dan mak.. Sebab mak ayah baik..tapi saya.. ngee.. baik sikit ja.. haha.. kembang semangkuk..hehe alhamdulillah.. TApi banyak yg tak baik saya ni.. *krik..krik..krik.. bunyi cengkerik 

Terfikir, apakah bangga mak ayah saya dengan anak nakal macam saya ini? Ok, nakal tak berapa rajin. uhuk3.. 


Tapi bila hari ni, orang ada yang kata, comelnya awak pakai tudung labuh. ngee.. kembang semangkuk..hehe Alhamdulillah, mula-mulanya terlintas nak rasa seronok. Tapi tak sempat nak seronok, datang lintasan hiba. Terharu. Allah!! Allah =') 


Sebenarnya, yang mencomelkan saya bukan sebab saya comel. Bukan sebab saya pakai tudung labuh. Tapi sebab nikmat Islam yg Allah anugerahkan sebagai pinjaman. Islamlah yang mencomelkan saya. 

Tanpa Islam, lilitlah tudung macam mana pun, tak da maknanya. Baiknya Allah berikan saya merasai nikmat Islam. Tak cukup dengan itu ditambah dengan nikmat iman. Tak cukup dengan itu, ditambah dengan ayah yang sangat-sangat mempunyai saham terbesar dengan apa yg terzahir pada keislaman saya hari ini. Ayah. Terima kasih. 

Ya Rabb terima kasih. beruntungnya hamba. Alhamdulillah. 

Saya sangat beruntung sebab dalam ayah mendidik saya memakai tudung, ayah tak pernah kata, "Sila pakai tudung," 

Serius ayah tak pernah suruh. Tapi, didikan ayah dengan iman ajaib itu, memahamkan saya, bahawa bertudung itu wajib. 


Masa kecil-kecil dulu, tak pakai tudung pun, tapi bila nampak ada orang tak pakai tudung mesti hati terlintas 



"suka hati ja makcik ni tak pakai tudung. Nanti Allah marah. Tak takut Tuhan ka? lainlah kalau budak kecik macam aku." 


Ok, ini monolog yg sangat familiar dalam jiwa kanak-kanak saya.kih3 

Kanak-kanak sangat terpengaruh dengan apa yang mereka sering lihat dan apa yg dilentur. 


haha.. Satu benda yang sangat best tentang ayah. Suara ayah sangat sedap. Ya RAbb.. haha.. Jadi jangan tanya kenapa saya suka melalak. Almaklum, mana tak tumpahnya kuah jika tidak ke nasi. aiwah.. haha.. kembang semangkuk lagi.hehe Alhamdulillah.. 


Bila dengar nasyid mesti ingat dakwah. 
Bila ingat dakwah mesti ingat pendakwah. 
Bila ingat pendakwah mesti ingat mereka yg taatkan Allah. 
Yang taatkan Allah mesti dapat dilihat dengan pakaian taqwa itu. 
Tidak sama seperti orang kebiasaan yang meremehkan suruhannya. 


TErima kasih ayah, kerana didik anna bukan sekadar kenal malah faham Islam. 

Terima kasih ayah, sebab dulu ayah tolong lipatkan tudung kak anna sebelum ke sekolah. 

TErima kasih ayah sebab ajaq kak anna mengaji sampai nangis2..muahaha~ witt.witt.. mengaji pun menangis..hehe.. 

TErima kasih Allah, kerana pilih saya jadi anak ayah. 
ngee.tapi saya segan dengan ayah..hee~ 


Datanglah pendamping saya, (tetiba ja) yg berani sebab ayah saya garang..hahaha.. ==' err..dah merepek. Tapi tidak mengapa. Catatan yang panjang ini, saya tahu tiada yang sanggup baca. Hanya satu tulisan untuk mengekspresi Cinta Buat Ayah. 

Jika Aisyah r.a menzahirkan cintanya kepada baginda Nabi dgn menceritakan kebaikan2 baginda kepada umum, maka saya zahirkan Cinta ini dengan mematri sebuah coretan di sini. aiwah.. 

Tudung ini.. Hijab yang saya pakai ini, adalah tarbiah ayah. Ayahku seorang Ustaz. (saja nak tiru tajuk novel..err apa ntah tajuk novel tu.sila cari sendiri.. haha.. ades) 


Ya RAbb, pegang hati-hati kami.. 
Saya bangga dengan agama saya. Sebab agama saya sangat memuliakan wanita..I Luv u Islam.. ♥ err.. kau ada? ngee.. provokasi pula ayat ni.. ades.. ampun..haha~



Yang membebel: Anna Mujahadah.
Diterjemahkan bebelan dalam bentuk Tinta Mujahadah

untuk membaca versi Facebook picture. klik di sini:

Khamis, 2 Ogos 2012

Edisi Ramadan: La Tahzan wanita :)



                                           Assalamualaikum, Salam buat semua.. 
Ramadan Kareem.. Allahu Akram ^_^ 
Hari ni puasa tak..??

 Hari ni, saya akan kongsikan sesuatu dengan entaorang. 
(entaorang=korang in islamic version..hehe..boleh??)

Sebenarnya entri ni saya buatkan khas untuk blog team nasyid, SMKA KERIAN tercinta di laman sesawang; blog Secerah Nur-Rahman. 
Jika nak baca full entri di sini pun boleh. Silalah membaca hingga ke bawah.
Tapi jika nak baca full entri yang sama di blog Nur Rahman pun boleh.
 (Sila klik link ini-->  http://secerah-nurrahman.blogspot.com/2012/08/edisi-ramadan-la-tahzan-wanita.html )

InsyaAllah hari ni nak kongsi tentang Ramadan dan Wanita pengkhususannya tentang..


La Tahzan COOMING MOON.
Bismillahirrahmanirrahim...
Para pembaca yang disayangi Allah dan dan dikasihi Nabi. Entaorang tahu tak, ketika peristiwa haji widak Rasulullah mendapati Aishah sedang menangis. Aishah sedang buat apa kawan-kawan? ahahaa.. Sedang menangis. Aishah was crying. Rasulullah pun bertanya kepada Aishah, "Adakah kamu sedang haid?" Aishah menjawab, "Ya." Kemudian Rasulullah menerangkan,
إن هذا أمر كتبه الله على بنات ﺁدم 
"Sesungguhnya perkara ini (haid) adalah ketentuan Allah ke atas setiap wanita." 
(Direkodkan oleh Bukhari)
Hohohooo.. Pandai Rasulullah pujuk Aishah.. ^_^ ngeee..

Hadis ini menunjukkan bahawa sesungguhnya, haid adalah ketentuan Allah ang berlaku kepada semua wanita. Haid adalah hadas yang menyebabkan gugurnya beberapa kewajipan ibadah khusus terhadap wanita.

Berdasarkan hadis lain yang direkodkan Bukhari yang bermaksud; " Bukankah sekiranya perempuan itu haid, dia tidak mengerjakan solat dan tidak berpuasa." Secara umumnya kita ketahui wanita haid diharamkan melakukan ibadah puasa. Sama ada puasa wajib mahupun puasa sunat.

  • Oleh itu, para wanita wajib menggantikan puasa wajib yang ditinggalkan ketika haid
  • Manakala sekiranya puasanya sunat, dia tidak perlu menggantikannya.

Para pembaca yang dikasihi Allah dan disayangi Nabi,
Entaorang tahu tak, sekiranya wanita tersebut datang haid ketika sedang berpuasa, puasanya adalah BATAL. Walaupun berlaku (datang haid) beberapa minit menjelang maghrib. Ini bermaknanya, puasa pada hari tersebut batal dan perlu diganti. 


Kadang-kadang tu, meroyan pun ada la kot.. hahaa~ Terutamanya bagi mereka yang uzur beberapa minit sebelum waktu berbuka.

Sedikit info untuk entaorang:
1) Sekiranya pada waktu terbit fajar, wanita itu masih haid dia tidak wajib berpuasa. Sekiranya dia berpuasa puasanya tidak sah.
2) NAMUN, sekiranya dia sudah suci sebelum fajar, puasanya sah meskipun dia baru mandi (mandi wajib) selepas terbit fajar.
Ini bermakna, wanita kena alert, bila dia datang haid dan bila dia suci dari haid. Kalau tak, hari yang sepatutnya dia dah diwajibkan berpuasa kerana sudah suci dari sebarang keuzuran dia tak puasa. 
P/S: Jadi buat para abang, ayah, suami, pak mentua, anda juga kena mengambil perhatian tentang perkara ini. Anak, isteri, kakak dan adik perempuan, dan menantu anda, adalah juga tanggungjawab anda. Jika mereka tidak tahu, maka tahukan mereka.



TIPS Ibadah Wanita 'Uzur' pada Bulan Ramadan

1)  MENIATKAN KEBIASAAN SBG IBADAH 
  • NIAT YANG IKHLAS.Berniatlah setiap perbuatan adalah kerana Allah. Iaitu  ingin mendekatkan diri denganNya, ingin mendapat rahmat dan keampunanNya sertameningkatkan iman dan cinta kepadaNya.



        
2) Banyakkan berdoa, memohon keampunan dan beristighfar.
  • wanita yang sedang haid tetap perlu bangun pada waktu sahur atau beberapa minit sebelum masuk waktu subuh. Ini kerana waktu sahur adalah waktu paling tepat bagi memohon keampunan Allah sebagaimana dalam ayat-Nya,

"iaitu orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, ampuni segala dosa kami dan pelihara kami daripada seksa neraka.' Iaitu orang yang sabar, benar, tetap taat, menafkankan harta (di jalan Allah), dan yang memohon keampunan pada waktu sahur"   

3) BERZIKIR DAN BERSELAWAT DARI SEMASA KE SEMASA 
  • Memperuntukkan waktu berzikir secara khusus pada setiap kali waktu solat fardhu. Berzikir selama tempoh kebiasaan menunaikan solat fardhu.
  • Membaca al-matsurat pagi dan petang.
  • Menjawab azan bagi setiap solat berdoa selepas azan.




4)  DEKAT DENGAN AL-QURAN.
Bagi mereka yang tidak dapat membaca al-Quran, maka bolehlah:
Mendengar bacaan al-Quran 
(di radio, mp3, bacaan live ahli keluarga dan sebagainya.)
Menelaah Tafsir dan mentadabbur isi-isi al-Quran




5)  sangat digalakkan untuk memperbanyakkan sedekah.



6) MENDORONG AHLI KELUARGA BERAMAL IBADAHwanita yang ma'zurah boleh turut membantu, menggalakkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal ibadah di bulan Ramadan.Antaranya;
i) Kejutkan ahli keluarga bangun bersahur atau bersolat subuh berjemaah.


ii) Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.

iii) Mempersiapkan pakaian solat mereka.

iv) Nasihati mereka supaya giatkan amalan.


Rasulullah salallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud; "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." [HR Muslim]


7) Berbakti dan taat kepada kedua orang tua, berkhidmat kepada suami (bagi muslimat yang sudah berkahwin). 
  • Meringankan beban mereka dengan membantu dan memudahkan urusan mereka, 
  • Mengembirakan hati mereka.

8) Menuntut ilmu samada dengan mendengar di televisyen, radio atau menelaah dari pembacaan buku ilmiah.
  • banyakkan membaca bacaan yang ilmiah serta elakkan membaca majalah gosip, hiburan. 
  • Menjaga pandangan daripada melihat gambar aurat wanita lain untuk menjaga pandangan hati.   

9) Mempersiapkan makanan berbuka.


“Sabda baginda SAW: “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”.
(Hadis riwayat al-Baihaqi & Ibnu Khuzaimah)”



10) Jaga hati, Jaga iman, akhlak, tutur kata dan aurat. 
  • Elakkan daripada berbicara yang buruk apatah lagi mengumpat, bergosip, membuka dan mencari orang lain. 
  • Sentiasa memastikan bicara yang baik-baik atau berdiam diri.
  • Memakai pakaian yang menutup aurat. 


InsyaAllah, kedatangan haid bukanlah bermakna peluang untuk kita beribadah dan mengumpul pahala akan berkurang. Maka, janganlah menjadikan 'keuzuran' itu sebagai penghalang untuk kita sebagai muslimat untuk melakukan kebaikan.

Akhir kata, La Tahzan buat mawar mujahidah sekalian. Ketahuilah bahawa sesungguhnya, pada setiap ketetapan itu terdapat banyak hikmahnya.
Ayuh! Berbahagialah menyambut dan meniti Ramadan yang semakin hari semakin singkat tempoh keberadaan kita bersamanya, fastabiq al-khairat! insyaAllah.

Sekian, 
Semoga bermanfaat. 
Semoga Allah reda.
Kullu am wa antum bikhair.
Barakallahufikh









(Jika ingin share. Silakan aja. TIDAK PERLU meminta izin. ^_^ Kebanyakan info ini saya simpul dan lilit berdasarkan pembacaan saya pada buku Amalan 24Jam Wanita Haid nukilan Fahrur Muis keluaran PTS. Wallahualam.. ^_^)

Surga Di hatiku