Isnin, 26 Oktober 2015

Lari _merapu_exhausted_





Lari..

Kalaulah mampu berlari..

Tak sebenarnya..
Tak perlu pun fikir laju ka, lembab ka, seciput ka langkah tu.
Yang penting..
Lari... lari biar kabus debu keliru dibawa dan disapu angin lalu.
Cenggitu



Cerita sem lepas.


Letih, letih mak enon wey
MasyaAllah letih..
Panas terik betul meredah lebuhraya dari USIM Nilai ke UIA Gombak
Dehidrasi tu tak terkata..
Menggelupas kulit muka gue..
Baru panas dunia.. haish nauzubillah.. mudah2an Allah pelihara..

Then, angkut segala barang dia yang memenuhkan kereta VIVA manual 
yang aku sewa dari coursemate aku.
Separuh hari rm55 so 12jam lah aku sewa ceritanya.

punyalah susah nak cari kereta sewa.
 sebabnya kak Mimi dan abg Ramzan yg aku selalu sewa kereta tu balik kampung.

To usim student,
kereta sewa kak mimi ni kancillah memang. dan of course aku sewa manual.
aku boleh bawa booth; manual &auto.
btw manual ni lagi murah ^_^
kalau manual separuh hari dari
kak mimi baru rm 50 kalau auto rm55.
bolehlah setakat nak merayau.
bukannya nak buat kereta pengantin pun kan...

kalau bukan sebab angkut barang, rasanya aku selamba badak je, 
pecut my lovely safi dua roda untuk jejak bumi UIA.
tapi tu la

Dengan peti ais nya, barang darpur kemahin  mamat ni.
tak kira dgn buku berkotak2.. tak kisah sangat part buku..
bendanya.. novel dia Ya Allah..
dah sekarang ni, dia perempuan ka aku yg perempuan.

berkotak2 wey..
Duk hostel je pun. bukannya rumah sewa.
Nak je aku luku kepala dia.

Tapi tu la. kadang2 bila orang tanya aku dengan mamat udin\
 (budak2 sekolah dia dekat Seratas yg panggil dia Mudin) 
tanya, boleh ke  akak ini.. akak itu..
akak larat ke ini itu..
aku dgn cool 
ok je..no problem..
kemain aku ni

hahahaamemang.. memanglah aku ni lagi sado dari udin kan..
boleh angkat ini itu.. masyaAllah akhwat qowwiey.. heh!
kononnya lah kan.. qowiey lah sangat...
#lukukepalasendiri

aku syak
memang, 
kitorang ni memang dah tertukar chromosome..
gamaknya..
hahaha.. 

err.. kbye, punchline tak sampai
Hahahaa lol

Part paling mengada2 udin ni, tiba2 dia suruh aku masuk kiub dia angkut dia punya peti ais.
 hadoi..

yang pertama
apakes pula aku yg kena angkat peti doyy. 
benda sekarang ni, dia anak dara 
dan kakak dia ni anak teruna ka acano?
ngek punya adik.. 
kiranya ada Naaim RApi penyelamat.
dia yg tolong angkut segala menatang barang si kodin ni. 
almaklum cuti sem.
kena lah kosongkan bilik.

yang kedua
itu blok lelaki der! memanglah  nak aku masuk kan! nak jer aku sekeh.
mujurlah aku ni memang jenis poyo acah2 cool..

Arsenal Couple










serabai gila mamat ni..
"wey leyna aku ingat taknak cukurlah sampai aku sembuh"

"taknak cukur kebenda!!? mcaam ni nak kawen..! memang hang ingat perempuan tu yg kena sara tanggung hang..
tanggung diri sendiri pun dah rupa laki mati bini.."

Hahahahaha 
dia gelaklah kan
dah aku bebel..

then tu balik tu aku merayau Bid Bad Wolf.
Haish mengalir duit gue..
mujur banyak guna baucer semata..
kalau semua tu duit. rasa nak catu ja kaki sendiri.
dah2 jangan jejak tempat jual2 buku..
huhuuu

sampai rumah, yeah aku sendirian angkut segala barang dia yg penyuh dan berat nak mampus sorang2 ke dalam rumh sewa..
MasyaAllah BERAT ..
 nak harapkan orang lain angkat.??
tak aku pujuk diri sendiri.. 
rilekslah...  ko sado kot. just do it by yourself..
real juga aku pujuk diri sendiri..
hehe..terpujuk jugalah jiwa ni

tambah2nya eheh, scene drama kejap

haish time2 tu la nak muncul board pendekar laut kan..
virus pink sangat...
udin pinjam dia punya board lah ni ceritanya...


note: nampaknya poyo aku ni, tapi kira hakak penyayang juga gue ni..
acece puji diri sendiri.. astaghfirullah..alhamdulillah..hehe
ok lah till meet again

entah kebendalah aku merapu sendiri ni.
sebenarnya this is not my current situation.
aku nak cerita benda lain. 
serabut dgn benda lain..
mungkin 
ntah tak tercerita..
aku anggaplah this post is my rebellion..
nak  menjerit sorang2 kuat2..
tak terbuat..

tapi tak kisahlah..
asalkan puas membebel.
so anggaplah this story is my manifestation as bebelan 
untuk puaskan hati
yg b.e.n.g.k.e.k nya jiwa gue
konon2 because im exhausted with student life..

Hahaha..
 mati kojol adik2 usrah aku tengok kebenda hakak depa 
duk mengarut meraban here..adududu


Sekian.. untuk sesi ini..
till i write again...
may Allah heals this soul.. 
our soul.. 
semoga iman kita sentiasa sihat kesihatannya..
Amin....
zhasss.. 
Wassalam 


Nak kena beli jersi Chelsea sehelai ka aku lepas ni? 
ke tak payah beli.???  ka tunggu orang belanja?  unconditional love?
#pendekarlaut ??
hmm...kelaut jelah kau...hahaha

 #homesick #viruspink #kelaut apa-apa je lah....
whatever

Rabu, 2 September 2015

HIKAYAT ANNA Part-time Crew (cuti semester) : TAMAT KONTRAK


Assalamualaikum. 
Salam kemerdekaan
Salam sehati sejiwa 
(kepada yg sehati dan sejiwalah kot)

Alhamdulillah... dah masuk 3 September.
Macam baru semalam aku duk meroyan letih penat kerja.
Nak ponteng,pancit #exhausted
kemain aku punya #rebel
tup...tup...Haha masyaAllah cepat sungguh masa ⌚ berlalu
Lalu aku teringat firman-Nya 
"Demi Masa sesungguhnya manusia kerugian" 😳


PART-TIME PROMOTER CREW
Al-kisah  untuk cuti semester kali ni, aku kerja sambilan sebagai promoter crew
dekat butik SteFeno & Top Fashion, Kerian Mall Parit Buntar.
Tapi bahagian aku khusus untuk SteFeno sebenarnya.
Kasut, Handbag, Dinner bag berjenama SteFeno
& kasut Geron dan Bum

Kepada yang tak tahu Kerian Mall ni dekat mana, 
Kerian Mall ni bersambung bangunannya dengan Mydin Parit Buntar.  Tapi dia punya pengurusan(management) lain-lain.





Aku start kerja 28 Julai 2015.
Dan alhamdulillah kontrak dah pun tamat 31 Ogos.

Masa cuti sem tahun lepas, Masa raya kelima aku kerja dengan company yang sama juga.
Tapi masa tu aku kerja dekat fair aras bawah.
Yang kali ni aku kerja dekat butik/kedai dia dekat aras 1.



GAJI
Gaji dia bayar ikut jam.
RM4/hour
Kira sehari 12jam tapi tolak rehat 2jam
 so
10jamxRM4=RM40
Takdalah sikit sangat. Dan tak lah banyak sangat.

Tapi mcm kalau kau ada kerja lain, better kerja lain.
Lama doh nak tercongok dekat kedai.


LETIH + EXHAUSTED
gila kau tak pancit. 10.30pagi sampai 10.30 malam.
 kau balik rumah dah gelap gelita. esok tak dan nak rehat
dah kena masuk kerja.
dan seminggu ada sehari ja cuti.
Makanya kena bekerja, 6hari seminggu

Tapi aku ada ponteng 6hari. Lama kan?
 Sakit punya pasal,
MasyaAllah.. dia punya sakit, membuatkan aku rasa, 
serius aku nak cepat2 kahwin
yups #iniserius
hahaha tiba2 nak kawen kau kaedahnya.. 
nanti aku cerita pada entri yg selanjutnya pasal cuti sakit insyaAllah.


MAKAN+PENGANGKUTAN
sendirilah ceritanya. Kemain aku berjimat tau.
ada kesempatan, insyaAllah aku attach gambaq belanjawan lebih kurang sebulan aku bekerja.


MAIN GAME 
dekat tempat kerja tu ada aunty. Hehe panggil dia kak Ling,
masa hari last dia cakap,"you tak payah buat apa2 laa. hari ni you last day maa."

bila takda customer ja, dia bawa keluar dia punya tab.

"nah hari ni you last day maa. i kasi u pinjam main game"

Seronok! tapi tab dia tu, dia bagi dekat aku sorang je lah yg main tab dia.
syok ooo disayangi aunty. hahaha password dia pun mmg aku tau.

"I ajar you,kalau yang lain datang, you ambik simpan dalam beg I. dia (depa) bukan takda fon(smartphone). kenapa tak main yang sendiri. you takpa laa. I memang saja bagi pinjam you main"



HIKAYAT BIDAN ANNA
Aku pun tak pasti. kalau jadi bidan selamanya bidan ke macam mana.
 Hari last aku kerja, semua orang beriya suruh aku mengurut. 
Kak Ling, Mardhiah, Intan..
aduhai... dengan letih kerja then nak mengurut. kih3..
Takdalah aku okay ja. 
Alhamdulillah aku kan sado
okay dah tak sado.  aku dah berisi

"Lepas ni takda sapa nak mengurut I"
eh, ayat sedih pula kak ling ni
Mardhiah pula, duk depan aku, goyang2 bahu, hint suruh mengurut.
apa-apa jelah dik. 
"Syok nya. untungnya jadi laki kak yana, sikit2 boleh minta urut tiap2 hari"
Hehe..amin.. haish asyik doa bakal pasangan aku ja untung.. 
Aku nak untung juga.



Balik tu makan Char Kuew Teow Umaq dekat dengan Jam Besar.
RM3.80 dah naik harga sekarang. dulu RM3.50 ja

aha~masa dah tutup kedai semua tunggu nak punch card
aku say good bye dekat Ah Koo dan Ah Xiong yang comel.

"Ah Xiong terima kasih. Maaf salah silap saya. Dan terima kasih jadi supervisor yang baik"

Ah Xiong senyum ja... aku tau Ah Xiong sebak. 
Kitorang sama-sama kerja masa dari fair tahun lepas dan sekarang dia dah naik pangkat.
Masa hari last aku kerja dekat fair, sebenarnya Ah Xiong cuti, tapi dia mai juga dekat fair sebab nak jumpa untuk kali terkahir.

SEBAK.
HONESTLY banyak perkara yang berlaku sepanjang aku kerja ni,
 dan membuatkan aku rasa tak pasti, macam nak nak melaksanakan tugasan aku
 sebagai graduan Dakwah and Islamic Management nanti.
Dengan keadaan masyarakatnya. Realiti yang berlaku dekat Mall. Fe'el co-worker and everything.
InsyaAllah ada kesempatan dan kerajinan aku akan sambung cerita.


31 Ogos 2015 itu
 detik terakhir aku pakai tag Crew Promoter 
untuk Hikayat Part-Time Anna sesi ini.
Dan kali ni, mungkin kali terakhir as a part-timer dgn company ni 
sebab aku pun dah final year. InsyaAllah
next year lepas habis praktikal, tiada aral aku nak terus kerja. amin
Mohon doanya.

And I see you from the sight of LOVE. 

Allahu~ I'm in blue
(sambil menanggalkan tag pekerja dan letakkan di kaunter)

malam tu tidur rumah intan sebab abah tak bagi balik.
Esok sampai2  bumi Selama aku sebak juga tapi yeay alhamdulillah
MERDEKA dari lelah kerja.
TAHMID!!!
ALHAMDULILLAH!!!
sekian
TAMAT KONTRAK 
as Part-Time Crew 
SteFeno's Promoter


Anna Mujahadah
3;53 am 3/9/2015

Ahad, 1 Mac 2015

Baru Sampai



Hari ni baru jejak kampus.

Semalam musafir dari Selama ke Nilai tercinta..
tempat aku menadah ilmu secara khusus Ijazah Sarjana Muda.

Semester baru. Semester 6 Tahun 3..
Fuh.. Sem depan dah semester 7 tahun 4..
 lepas tu praktikal..
Tu dia...graduasi secara rasmi..
MasyaAllah syeikh cepatnya masa

Semalam tak boleh tidoq

Ntah.. aku takut..keliru..


Aku ada retweet tweet
Wahai bidadari agama, Terbanglah dikau dengan sayap taqwa. Ajaklah sahabatmu yang sebaya bersama-sama. Agar nanti semua, kita kesyurgaNya.

Aku nak terbang pun rasa sayap terkoyak..
Cuak wey...
Wahai bidadari agama?
Bidadarilah sangat... waktu cuti selagi belum tinggi mentari,
Memang berguling di atas katil walaupun dah bangun dari pagi...
Syndrome katil aku ni...

Tapi...tak kisahlah aku ni bidadari ka tak.. tapi kalau aku mati malam tadi...
ntah.. malam tadi memang aku asyik pikiaq


Hidup tak sungguh2 dlm ketaatan

Dahla miskin amalan
Kalau mati malam ni,boleh terselamat dr neraka?
aku ada cukup saham ka utk syurga?
T_T


sebenarnya masa ni, dekat tangga rumah sewa tu,
 memang macam bunyi orang main.. tapi..
lantak hangla...
aku lebih duk takut  kalau tiba-tiba malaikat maut yang ada depan mata..

kental juga aku..
serius tak percaya..
betullah, dengan mengingati mati, memang matlamat kita lebih jelas dan bersungguh...

TEngah2 sedih.. aku teringat tadi ada satu hadis yang aku baca..
Hadis yang kita pun dah biasa baca

Tapi nabi kata, "sekiranya kiamat berlaku,sedangkan di tangan salah seorg drpd kamu terdpt benih pokok,maka tanamkanlah ia"

Ya seperti yang dijangka, dengan tak berapa nak sedap badan ni.. pagi tadi...waduh2
Bangun dgn nak patah belakang punya tahap sakit mujur saja teringat ciri2 pemuda islam adlh hamasah aliyah(semangat tinggi)

Tapi sebab aku masih mood segar dengan bacaan santai
"Aku Bukan Superman Aku Pemuda Luar Biasa" ni
aku bangun juga pelan..pelan...
siap2 semua..
ya Safi tiada bersamaku...
jalan kaki la apa lagi

Semangat pi kampus JalanKaki,tiba2 beruk kejar Gila aku LARI mmg masuk ja rumah yg pagar t'buka T_T takpa,jln mnuntut ilmu tu,jln ke syurga


ini kes sakit jiwa...
dekat lorong rumah aku, baru ja keluar lorong, ada beruk, aku buat2 angkat buku, dia pun beransur..
tiba2 ada sekor beruk besar terjun dari pokok, aku nak lalu wey..
aku angkat buku dia buat2 beransur tiba2 patah balik kejaq aku.
kuang ajor..

larilah... Allahu Allah..

dasyat sangat...

Selalu pagi2 ada uncle jogging tpi tadi,area 8pg kosong. taksangka,dikejar beruk aku boleh lari mcm tu SUNGGUH Allah lah sebaik2 penolong

Sampai kelas lambat.. semua beruk punya pasal.. aku pusing jalan jauh..
Aku dah la memang rasa taklarat..
Ni lagi rasa terhuyung hayang jalan kaki nak sampai tutor.
Alhamdulillah lecture baik..

Habis tutor jam 9 aku berjalan ke Canselori... Serius nak pitam...tapi sebab aku teringat, 
kata akhwat..kenalah Qawiey (kuat)
..macam kena makan benda manis.. terus aku panjat tangga yg sekali ganda tinggi dari tangga SMKA Kerian, sampai bangunan canselori...makan...
aku pi kafe..

Selesai makan, pi bendehari.. update ledger, pi pejabat fakulti..
dan
Terkesima Sejak bila org pejabat FKP mcm cool. 
Tak emosi,lancar ja berurusan.

serius tak tipu.. kakak pejabat tu, baik pula.. mungkin sebab aku pun cool, ikut prosedur..
Aku kan beretika jugalah buat benda rasmi ni.. hehe.. amin alhamdulillah.. kah3 perasan

then dia kata, dah buka estudent...
aku pun buka dan...
Allahu result aku...


Nikmat Tuhan yang manakah yang ingin aku dustakan...
Syukur..
Pertama kali aku merasa...
RAbb... Nikmat Engkau yang manakah yang aku ingin dustakan..

Tunaikan nazar insyaAllah...

😉

nah belanja air ni dulu
pepsi? 
rasanya aku teringatkan sesuatu..
just a word
"tunggu aku"


Bilik Karel Library 3.47pm
2/3/2015

Surga Di hatiku