Sabtu, 12 November 2011

DESIGN baju kelas MRSM KLAWANG







Bismillah
walhamdulillah
assalamualaikum warahmatullah

Post kali ini adalah khas kepada adik-adik pelajar  kelas 2 al-razi MRSM KLAWANG.
minta maaf sangat-sangat atas kelewatan kak ana publishkan post ini.
Pada post ini, akak masukkan design untuk baju kelas (lelaki dan perempuan) dan baju untuk pelajar perempuan.
Ini adalah design baju yang kak ana cuba buat untuk adik-adik berdasarkan permintaan nadz eira.



BAJU KELAS LAKI DAN PEREMPUAN ADA 4 DESIGN. YANG BELAKANG AKAK BUAT SATU JA.PILIH2 LA YA.

KELAS AL-RAZI FRONT 1

KELAS ALRAZI FRONT 2


KELAS ALRAZI FRONT 3
KELAS ALRAZI FRONT 4
KELAS ALRAZI BACK








BAJU KELAS AL-RAZI  FRONT



BAJU KELAS AL-RAZI  BACK1





BAJU KELAS AL-RAZI  BACK 2




Maaf sangat-sangat atas segala kekuarangan design ini. kak ana tak sure adik-adik nak ungu jenis mana. 
Maka untuk design baju kalian, akak ada pamerkan dua jenis warna seperti gambar di atas. Harap adik-adik berpuas hati.

Ada apa-apa masalah boleh hubungi kak ana. 013-4740326 emelkan kepada mujahadah@ymail.com


Terima kasih kerana sudi membaca post kali ini.




Sabtu, 8 Oktober 2011

TEMPAHAN BAJU MUSLIMAH

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim..



BAJU MUSLIMAH berPOKET!

Mungkin anda sendiri memiliki sehelai dua baju muslimah. Tetapi mesti susah nak cari koleksi baju muslimah yang berpoket. Bukan apa, kalau ada poket, mudah nak letak handfone, dompet, kunci rumah. Tambah-tambah kalau saja-saja berziarah ke rumah jiran sebelah atau pergi ke kedai berdekatan untuk membeli barangan runcit. Makanya, PENYELESAIANNYA ADA DI SINI!

SEBELUM ITU JOM KITA LAWATI
. Berapakah harganya yang anda dapat dipasaran untuk baju muslimah yang berpoket? 
RM35?RM45?tawaran kami jauh lagi rendah!

BERMINAT UNTUK MENDAPAT T-MUSLIMAH BERPOKET DENGAN HARGA YANG SANGAT BERPATUTAN? 
ANDA BOLEH MENDAPATKANNYA DI SINI. DENGAN HARGA





BAGI SESIAPA YANG MEMBELI LEBIH DARIPADA 4HELAI BAJU MAKA SAYA AKAN MENJUAL KEPADANYA DENGAN HARGA SERENDAH. maka berpakat la dengan mak, adik, kakak dan jiran sebelah untuk tempah baju ni.
 


P/S: Untuk kos penghantaranSetiap helaian dicaj sebanyak 
RM 2.50 bagi sehelai baju untuk 3 helai pertama dan RM 2.00 bagi setiap helaian berikutnya


Bagi pembeli di sekitar kawasan Selama(Perak), SMK Agama Kerian(Perak) dan SERATAS saya akan menghantar terus kepada anda tanpa mengenakan sebarang kos penghantaran.




POKET BAJU TERSEBUT MACAM NI!
 sebab-sebab anda perlu memiliki t-muslimah ini!
1. Harga yang terendah dengan kualiti yang terbaik


2. Kami menggunakan fabrik berkualiti.Memakainya tidak merasa panas dan rimas.Sama sekali tidak jarang.Tidak keronyok dan tidak mengecut apabila dibasuh dengan mesin basuh.


3. Mempunyai kemasan 'piping' supaya tampak kemas dan halus pada bahagian sambungan kain.


4. Nisbah sehingga 6 saiz.Iaitu S-XXXL.Pelanggan anda pasti ada saiznya InsyaAllah


5. saiz yang pelbagai dan sehingga 8 jenis design.



6. Baju Muslimah Berpoket.Ini adalah niche dan inovasi kami.Lain dari yang lain


7. Design silkscreen(chop gambar) yang kemas dan teliti.Sesuai dipakai oleh sesiapa sahaja.
diulang,
TERDAPAT 8 JENIS DESIGN YANG ANDA BOLEH DAPATKAN MELALUI SAYA! SEMUA DESIGN ADA POKET!


KEPADA SESIAPA YANG  MEMPUNYAI SEBARANG PERSOALAN ATAU BERHAJAT UNTUK MENDAPATKAN T-MUSLIMAH INI BOLEH HUBUNGI SAYA.
Sekiranya, menghadapi sebarang kesulitan untuk menghubungi hotline number, anda boleh menghantar emel. 




Semoga T-Muslimah berjaya membantu anda mencari produk MUSLIMAH SEJATI untuk
BERPAKAIAN selesa berlandaskan syariat.

Akhirul kalam, terima kasih kerana melawati laman ini. 


berjuang untuk islam
 NORLIYANA BT ABDUL RAZAK
(SELAMA PERAK)
fb: Anna Mujahadah
mujahadah@ymail.com
0134740326
AKAUN BSN: 0822141000014754

(anda boleh melihat katalog baju ini dalam majalah Nur keluaran Julai 2011)

Jumaat, 2 September 2011



Jodoh dan Takdir


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
Moga dikurnia seorang ratu di jiwa
Tempat untuk kuluahkan segala rasa
Perasaan yg tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yg sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yg menawan
tidak kuharap yg hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma kudamba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yg menjadi rintangan
ketulusannya yg tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan

Jumaat, 29 Julai 2011

AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN

بسم الله الرحمن الرحيم. يسمع النداء من قلبي.

DI SINI SAYA INGIN MENGUCAPKAN 
SELAMAT MENJEJAKKAN DIRI KE MADRASAH TARBIYAH UNIVERSITI RAMADAN

INSYA-ALLAH, SAMA-SAMA KITA KUATKAN HATI, MAMPANKAN DIRI..
MENGEJAR CINTA ILAHI, ANDAI DENGAN SEIZINNYA KITA TERPILIH UTK BERTEMU DENGAN TETAMU YG SANGAT KITA RINDUI INI, AMIN..

SEMOGA, DI KITA MEMPEROLEH IJAZAH DENGAN POINTER YG TINGGI SEWAKTU KOVENKESYEN AIDILFITRI NANTI. INSYA-ALLAH.

SALAM RAMADAN KARIM..
SELAMAT BERAMAL..

Jumaat, 3 Jun 2011

my LOVELY saLwa..

Assalamualaikum..Bismillah walhamdulillah..
Berhari-hari ana ulang alik dari Permai ke Sri Selama..(padahal sepekan ja pun)
 dating? of course..heee~ untuk jumpa dan menemui sesorang yang agak istimewa di hati ana..
acecee...astaghfirullah segannya..

sEBenArNya Post ini adaLah untuk mengucapkan KEPADA SALWA....
SANAH HELWA YA HABIBATI~

UNTUK SIAPA POST NI?
Berbadan kecik..(macam ana)..
Nama diberi Salwa Trisnasaria..
tanggal 3 Jun maka terUPDATElah usia hamba Allah ini kepada 19tahun (mengikut kalendar masihi).

"UPGRADEKAN IMAN DAN AMALMU SETELAH DIUPDATEKAN UMURMU."~anna mujahadah~

Seorang yang baik. Suka tolong orang. Tidak pandai mengatakan tidak kalau ana minta tolong. Maka sudah pasti insan ini agak istimewa pada hati ini.(sal, yana promote dekat sini). Single! insyaAllah.. meng"single"kan di saat masih berada dalam jihad ilmu.. entah la..(boleh percaya ka budak ni??hee~)
Dia kalau ana buat tak kena dia akan cakap dengan suara comel dia.."yanaaa!!" kalau dia nak ngelat dia suka sebut. "yanaaaa! mana ade" sambil tersengih. macam kerang yang disembur perfume..keh3..

Sebenarnya, ana kenal Salwa ni pun tak lama mana. Pertama kali serempak pada orientasi tingkatan 4 di SMK Dato' Haji Hussein.
"Ish, tak pernah nampak budak ni. baru rasanya"
Sudah terang lagi bersuluh. Dah nama pun tak pernah nampak dekat SMKDHH selama ana sekolah dari tingkatan 1 sampai 3, sudah yakin dan pasti, pelajar baru kan? Macam biasa, ana yang peramah ni (konon-kononnya la..) tegur dia dulu. Nak harap dia tegur kita. Jangan diharap. Sal ni penyegankan.. (sorry tercelupar di sini..hee)


Tapi, serius tak tipu. Semuanya dengan seizin Allah. Jujur ana cakap. Yakin dan percayalah bahawa sesungguhnya, Allah yang Maha Membolak-balikkan hati manusia. Ya Allah syukur pada-Mu, memberi peluang ana mengenali minah ini..hee~
 Ingat! Masa bukan pengukur atas sebarang ikatan ukhuwah. Kalau Allah kata "kunfayakun" sayang! zup! hadirnya perasaan sayang. Kadang-kala orang yang kita dah kenal lama pun boleh khianati kita. Jadi persahabatan tak dapat diukur dengan masa. Iman! Kepercayaan! Sahabat yang sebenarnya, adalah sahabat yang tidak sanggup sahabatnya terjebak dosa.

BEST BERSAHABAT DENGAN SAL?
Bersahabat dengan ukhuwah fillah dengan insan ini tak pernah membuatkan ana rasa kecewa. Sejujurnya, ana senang sangat bersahabat denganmu, Sal. "Terima kasih kerana bersahabat dengan saya". Mak ana pun senang ja dengan persahabatan kami. Mak Sal pula, Mak Cik Sally pun dah kenal ana. Cik Sally thanks kerana menjamu saya BAKSO yang enak kelmarin. Pertama kali saya merasainya. Alhamdulillah, dia percaya dengan ana. Kalau ana datang rumah memandu kereta kancil ayah dibuntuti Nabilah, mesti akan disambut dengan wajah ceria. Ana pun senang mendengar kata-kata nasihat dari Cik Sally, Hmm, patutlah Sal baik, dia mewarisi sifat ibunya..huhuu.. Sebab tu PENTING PENTARBIYAHAN ITU!! INGAT! BIARPUN TARBIYAH (DIDIKAN) BUKANLAH SEGALA-GALANYA, TAPI SEGALANYA BERMULA DENGAN TARBIYAH
SALWA~ 


"Kalau aku jatuh, hulurkanlah tanganmu kepadaku, bila aku bengkok, kau luruskanlah aku"~Novel TErAsing

"Kalau kau terjun dalam neraka sekalipun, aku akan terjun juga, untuk tarik kau semula, agar kita dapat berpimpinan tangan masuk ke syurga"~nOVeL SINERGI~

 Cukuplah sampai sini for the touching and budget typing..(sukanya ana ni dalam membajet..)..
Sal maaf andai Yana ada tersalah apa-apa dengan Sal sepanjang perkenalan kita. Serius, Yana seronok berkawan dengan dengan Sal. hope, our relationship will long lasting dunia akhirat...
(awak-awak yang lain jangan cemburu..contact ana, dan inform birthday..
insyaAllah i will update in this blog.)InsyaAllah..heee~ 
Last but not lease...
Selamat Ulang Tahun Kelahiran SALWA
~umur itu amanah~






Myspace Lover Letter

post ini dipuitis dan dibajetkan oleh,

Sabtu, 7 Mei 2011

Kisah Cinta Seorg Pemuda Bernama Ali Bin Abi Thalib r.a

merayau-rayau:macam biasa.merayau-rayau ikot kehendak hati adalah best dalam usaha mencari ubat utk hati yang kadangkala terasa perlu diisi. seizin Allah, terserempak doc. ni masa merayau di muka buku. azzam, ana copy cerita ni !!

 

Kisah Cinta Seorg Pemuda Bernama Ali Bin Abi Thalib r.a

Kisah ini aku ceritakan bukanlah bagi menggalakkan kamu memendam rindu, bermadah indah, berdendam kasih dengan seseorg yg haram bagi dirimu.

tapi kisah ini aku ceritakan demi kesejahteraan imanmu, ketulusan hatimu serta keluhuran niatmu. 

bagaimana hati bisa meredhai bahawa jodoh sentiasa di tangan Allah azza wajalla jika kamu tidak pernah melihat buktinya. dengan izinNya, sekarang aku hamparkan cerita yg menjadi pedoman diriku. dan semoga turut menjadi pedoman dirimu dalam membuatkan kamu betul2 menyerahkan jodohmu kpd Rabb yg maha berkuasa.
_______________________________________________________
Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia. Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri.
Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi,  
Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

”Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali. 
Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakr lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi. 

Lihatlah bagaimana Abu Bakr menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.
Lihatlah juga bagaimana Abu Bakr berda’wah. 
Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. 
Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali. 
Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar
Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. 

Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fathimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali.
 Aku mengutamakan Abu Bakr atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fathimah atas cintaku.

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolah baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat disitu, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya.

Umar Al-Khatab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fathimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakr dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakr dan ’Umar”.
Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fathimah.
Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya.
Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a
“Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”
Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya:  
“Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”
Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata:

“Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”
Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata:
“Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”
Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.
Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?”
Rasul Allah s.a.w. menjawab:
“Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”
Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi:
“Ya tetapi siapakah dia itu?”
“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.
Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.
Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”
Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: 
“Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.
Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adl tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”
Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?” .

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja. Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa*jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a.
Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabul pernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu.

Inilah jalan cinta para pejuang.
Jalan yang mempertemukan cinta dan
semua perasaan dengan tanggungjawab.
Cinta tak pernah meminta untuk menanti.
Seperti ’Ali.
Ia mempersilakan.
Atau mengambil kesempatan.
Yang pertama adalah pengorbanan.
Yang kedua adalah keberanian.

Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fathimah berkata kepada ‘Ali:
“Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda. aku begitu mencintai luhur hati, ketinggian ilmu serta keberaniannya. namun aku serahkan rasa cinta itu kpd Allah.”

‘Ali terkejut dan berkata,

“Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”
Sambil tersenyum Fathimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu suamiku. Allah telah menemukan cintaku dan cintamu. Sungguh dialah yg Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.”
____________________________________________________________

Ya Allah bantulah kami juga ya Allah!
beratnya jihad ni..
jihad..jihad...
mujahadah nafsu nafsi..
muhasabah cintamu duhai dai'e..
apakah yg menjadi parameter kemudi hati...
dalam usaha mencari cinta dan redha ilahi...
..haa..~It's All About Your Mind~

Surga Di hatiku