Rabu, 1 Mac 2017

Surga Di hatiku


Hakak Hemo--hemo (akak emo)

Masa menonton @SYTD_2
Cuma rasa mcm sebak&sebu~takhujan pun
Jeda~kelu~pengap
Memang takterjemah jiwa yg koyak
Tapi hari-hari sesudah menontonnya
seperti hari ni tudia~dari pagi aku dah rabak
😭😭😭😭

Terksesan juga dijiwa. Walaupun endingnya kurang lebih dengan cerita yang pernah gue nonton./
Sebenarnya sempat menjeling dan pandang orang sebelah. dan hmmm hmm.. mata dia bergenang.. dan dia diam..
okay Dia tersentuh ya...  😏

"macam mana untuk certia indon pertama?" 😖😖😖😖

"hmm..okay..nice"

"macam ni lah jenis2 cerita yang aku tengok.?"
😁 "hmm patutlah hang emosional"

"ngek lah. Orang maksudkan pengisian untuk cerita tu."

Hahahaa~ well thanks for having me..



Tapi seriuslah karya asma Nadia untuk yang kali ni memang best. Pada pandangan aku Pengarah dia boleh ja buat ending dia dan letak lagi impak sedih kaw kaw.. tapi untuk "Surga yang Tak Dirindukan"  ni dia just nice ja.. Dia macam sekali lalu kesan dia pada screen Tak dramatik memang kena dengan realiti. Dan aku memang tak ternangis pun masa pun. Tapi, impak babak  sceen bagai yang sekali lalu tu elok aku memandu.. ermm... erm.. masa tu baru aku rasa.. Wallahi i cannot. Okay aku punya jiwa terus berubah dalam mood "belangsungkawa"


Yang memang awesome cerita kali ni sebab biasanya cerita2 asma Nadia dia jenis emosi semata tp kali ni pergh dia punya humor dan lucu mampuslah aku gelak dalam panggung tak pandang kiri kanan kira aci bberdekah ja nauzubillah.. Hahahahaa.. serius best..

Watak Nadia yang juga Puteri Sabrina, anaknya bunda Arini dan Pras sumpah bikin baper. Matang gila. dan perassaan yang dia rasa tu serius aku pernah rasa. Serius dejavu, aku tercari cari juga dekat mana aku pernah rasa perasaan tu.

Then okay, baiklah baru aku perasan.. Masa ada sorang mamat ni. Dia yang confess kita. Tapi ada suatu waktu Allah uji dia dengan suatu kondisi yang memang bikin dia rabak dan koyak. Tapi masa tu aku takda lah sedih mana. Perasaan tu macam aku mengikhlaskan keadaan dan takdirku begitu. Malah masa tu iman dia makin power, amal dia pun power. Aku pula yang rasa terkebelakang dan ketinggalan. Bahkan pada situasi tu, kalau dia rasa dia perlu berundur dari perhubungan kerana ujian kesihatan, masa tu aku benar2 mengikhlaskan, sebab aku rasa, aku yang tak layak dengan dia, sebab langkah dia dah sangat terkehadapan berbanding aku.

Hmm cepat ja masa berlalu...
masa tu even macam macam berlaku. aku stay ja membungakan perasaan. sampai ada orang tanya
"Hang ni takyah la bajet pencinta setia . move on la"

Okay pertama aku memang pencinta setia.
Kedua, aku memang dah move on. Cuma mungkin definisi move on untuk seorang annamujahadah tak sama dengan ampa.

pada aku "MOVE ON tu tak semestinya melupakan, Tapi MENGIKHLASKAN ketiadaan dia"
dan wallahi aku rasa aku memang mengikhlaskan ketiadaan dia. Cuma kadang2 aku sengaja melayan ingatan dan rindu hahahaa start dah ajak aku,

Okay. sekian.

Ampa memang kena tengok cerita ni. Kot ada sesapa yang rezeki lebih, nak ngajak orang teman tapi takda geng. aku boleh ja kalau ada orang nak pick up dan belanja aku. ya aku boleh temankan. HAhahahaa. aku ada ja sekitar Bangi untuk harini dan esok,...
Lusa aku ada event kat Shah Alam. itu ja sekian wassalam


Oh ya, aku tengok cerita tu hari ahad malam. PAgi Isnin tu bangkit ketika fajar belum menyinsing dan aku pop! dalam kepala terbayang scene jiwa rabak dalam Surga Yang Tak Dirindukan 2 dan ayat yang muncul dalam kepala ialah "Orang beriman mana yang tak merindukan syurga"

Okay serius aku rabak..Allahu sampaikan aku ke surga -Mu ya Rabb


Khamis, 2 Februari 2017

Tenggelam Timbul

Ini suatu hikayat panjang dan bosan sebab takda emoticon bagai.
Bismillah......

Lama betul aku punya tenggelam timbul, Tak istiqamah bil amal langsung. Tahap kentut aku punya istiqamah nya pun. Dalam tempoh 6 bulan yang terkini, wallahi banyak sangat benda dan perkara terjadi. Sakit jiwa, sakit minda dan dalam masa yang sama penyucian jiwa dan peningkatan hikmah dalam menggunakan akal insyaAllah.

Namun, ada juga masanya aku memang rasa lost. Lonely tu jarang la. Sebab aku masih dengan tabiat yang sama. Once... Arakian aku ada ja terdetik rasa lonely aku memang akan terus start safi dua roda (panggilan motor kesayangan aku bagi yang tak tahu) then aku akan bawa diri ke mana-mana masjid besar. 

Yups, im a girl. but still im just an ordinary girl. Memang orang yang kenal #annamujahadah akan nampak she looks like a tough muslimah, tapi the other sides of me, sumpah aku cuma marhaen yang lemah. Akal yang nipis bak bilahan rambut, (okay itu lirik lagu) atau boleh ja  nak diumpamakan iman yg senipis kulit bawang...hmmm makanya sebab tu aku sangat sedar bahawa aku marhaen dan aku perlu mengembara perjalanan hamba mencari Tuhan. (okay ayat drama dan noveeeeeeeel sangat).

Tapi serius lah wey, tiap-tiap kali aku rasa lost dan kelam, dingin.. aku akan naik safi redah lah dari USIM, Nilai ke kotaraya. Macam utk tahun lepas aku tak jejak lah Masjid Negara macam kebiasaan aku sebelum ni. Aku cuma jejak Masjid KLCC dan masjid KLIA. 

Kalam ulama ada mengatakan "mengembara itu menghilangkan duka"
Tapi memang betul pun, bila aku dah bawa diri, menangis atas motor, lepas tu balik rumah aku punya jiwa tu up satu maqam (level). Allahu.. sebak wey.. 

dan bilamana kita sesat dan hilang punca, Allah kembali menarik dan memegang hati-hati kita. Aduh aku terlupa. untuk yang ayat atas ni ada ayat Quran dia. tapi aku pun tak ingat surah apa dan apa mafhum sebenarnya.

Kau rasa, tak osem ka? Hang tak ke rasa yang Allah sangat sayangkan hang sebab masih pegang hati-hati hangpa. Tak ke bilamana ada orang lain yang hanyut dibawa arus, dan hang pun salah seorang yang sesak dengan dunia, tapi atas dasar iman dan islam, maka hang masih di jalan yang hang ada sekarang.

Hahaaaa aku tak tau masa aku taip ni aku nak menangis atau ketawa. Mungkin booth. Sebak, Sumpah sebak. Huish tudia. Lama tak menulis tak sangka, masih mampu tulis panjang berjela. Tapi tu la, aku perasan ja penulisan aku dan tak gemuk dan berisi macam dulu. Hanya mainan kata-kata yang diolah dan diolah yang mampu memberikan makna yang hanya sedikit. Sedihkan?


Sebab tu lah. Bila kita ada rasa ingin terus di jalan kebenaran, kuatkan usaha dan tingkat amal dan perbanyakkan kebajikan. Nak tak nak, kita kena buat sehabis baik untuk Islam. Islam tak rugi pun kalau kita taknak kerah tenaga untuk Islam. sebab janji Allah, Kalau kita ni tak kerjakan  untuk Islam , ALlah akan gantikan dengan kelompok atau geng2 lain yang memang akan bekerja untuk Islam. aduhai again. Aku tak ingat apa ayat quran yang mention pasal ni. 
(ingatkan aku andai aku terlupa, next entri aku akan gigih sikit untuk tampal pada setiap sisi yang memerlukan dalil agar dikukuhkan lagi iman dan jiwa kita bersama) Hey dey anna. kau ingat sendiri2lah. sapa ja pun yang nak baca blog ni dan ingatkan hang. 


Huhuhuuu Allahu.  Loser jugalah rasa. umur dah masuk 25 tahun ni, Kurang lebih 25 tahun hidup dalam nikmat iman dan Islam. Dikelilingi mak ayah, guru-guru, kawan-kawan dan komuniti masyarakat Islam. Tapi aku tak betui-betui jamin yang aku ni memakai dengan akhlak Islam yang betul-betul Islam. Hatta kalam Allah yang bermukjizat tu pun, yang memang rujukan compalsory as a muslim pun aku hafal berapa ketul surah ja.


Dalam aku duk rasa loser, a lot of thing happened.. Dan aku belajar banyak hikmah walaupun masih tenggelam timbul Allah tetap tak pernah tinggalkan aku sendiri. Kalau kita ingat baliklahkan. kita mesti ada satu masa yang kita doa sungguh2 semoga Allah sentiasa jaga kita, jaga jiwa kita, jaga hati kita, jaga amal kita. hidupkan kita dalam iman . dan matikan kita dalam iman. semoga kita sentiasa dalam kebaikan... hmm senyum... 

Boleh jadi, doa kita yang bersungguh-sungguh masa tu adalah one of the reason kenapa masa kita loser , bermalasan dan bangan tahap kambing malas nak mampus pergi masjid.. malas nak mampus tambah amalan2 sunat (punyalah yakin amalan fardhu kita tu macam ALlah comfirm terima. padahal semayang pun tak dan nak masuk tahiyat awal ntah berapa kali kita teringat benda2 dunia...)

Sedihkan hidup kita ni. Kadang-kadang aku sampai rasa sedih gila, bila tengok diri sendiri , tengok adik beradik sendiri , tengok komuniti masyarakat kita sendiri.. Masa tu memang wajiblah memang akan timbu persoalan dalam hati, "Masih adakah harapan untuk umat ini?"

Masa tu lah baru nak teringat Nabi wey. Ya Rasulullah .. maaf sebab tak jadi umat terbaik. Aku tau ja, memang engkau waliyullah ... memang engkau pembawa cahaya, tapi maaf, sebab cahaya dalam hati anna sendiri pun seakan sirna. okay aku dah masuk fasa emo.

dan bila benda berkaitan emosi tiba-tiba makin laju ja menaip jari ni ..kan? 


Buat yang mengenali aku sebagai Anna Mujahadah,

erm yang kenal anna mujahadah sebagai one of akhowat di medan dakwah, maaf, rentak dan dakwah tak kencang pun macam masa umur nak up dulu... Bahkan memang anna sendiri buat yang asas yang mana mampu. Wallahi dunia luar, memang boleh buat entum semua patah hati jiwa raga, rasa kalau boleh, nak ja dulu berdoa, matikanlah masa tengah berada dalam kelompok orang baik-baik... buat adik2 juniour yang turut kenal kakak badar hangpa ni as annamujahadah, Allahu, serba salah sangat... rasa macam kentut sangat sebab akak ni ntah apa2 sangat perangainya


yang kenal annamujahadah sebagai nasyeedians,
anna tak power pun. sebenarnya nama ja macam orang kenal "eh annamujahadah.. eh anna ada buat lagu.. eh itu eh ini"
padahal anna ni zero wey bab nasyid2 level profesional ni. anna train sekolah untuk ke peringkat daerah ja pun. itu pun setahun satu lagu ja yg betul2 buat, lirik kelaut, isi tak lengkap...melodi cacamarba sama ..sama macam amal anna sebagai muslim yang masih lompong sini..sana..
dan maaf, seketul annamujahadah bukanlah senantiasa update atau up to date tentang nasyid sebenarnya. maam iman yang yazid wa yanqus, macam tulah anna. buat geng adik akak abang yg anggap anna coach, buat adik2 yang sudi nyanyikan lagu akak..
But thanks for having me as nasyeedians.

yang kenal annamujahadah sebagai budak penconteng acah2 melukis lukisan,
anna minta maaf sangat, sebab ntah apa-apa lukisannya takda identiti. Melukis kemain dah lama, tapi masih pada level yang sama. Takda peningkatan betul dalam seninya.
dan maaf pada yang follow sebab lukisan tapi takda apa2 update pun kan. maaf sejuta kali maaf.


dan untuk semua, tak kisahlah yang kenal annamujahadah sebagai apa dan dari mana, maaf atas kekhilafan diri ini. doakan agar kita sama-sama kembali kepada fitrah insani. (okay ayat dah kelaut dan aku dah hilang point. petanda kena berhenti)


Last but not least, terima kasih pada yang membaca lembaran tenggelam timbul seketul anna. dan anna dedikasikan buat kalian lagu Jatuh Bangun _ Inteam.

https://www.youtube.com/watch?v=J9zQMUEYd-g



SALE TSHIRT mUSLIMAH ! SALE Raikan Ukhuwah 😏😏


Bismillah... 
Lama-lama terhilang jejak, MasyaAllah bersarang wey blog ni..
Banyak betul benda yang berlaku sampai aku sendiri terkeliru. 
Apakah ini ujian atau Nikmat buatku. fuhh~😇😇
😇 mungkin ianya Nikmat Ujian kot anna. 


apapun Alhamdulillah thummalhamdulillah..😏


SALE T-MUSLIMAH!
SALE T-SHIRT MUSLIMAH!
SALE TSHIRT MUSLIMAH dari TEAM T-SHIRT DAKWAH




Memandangkan kak anna adalah one of ejen rasmi Tshirt Dakwah, dgn id #annamujahadah Jadi di sini nak war-warkan SALE T-SHIRT DAKWAH yang sedang berlangsung.
Sale Raikan Ukhuwah, Moga ukhuwah sweet2 sentiasa, till Jannah InsyaAllah.

"Kenapa kena beli T-shirt ni kak? "
Sebab Baju Muslimah dari Team Tshirt Dakwah kainnya memang ohsem,
dan designnya pun ohsem serius baq hang.
Harganya sangat berbaloi dan berpadanan dengan kualiti tshirtnya.

Wohhaa~ mana bajunya kak bikin kempunan nak tengok ni.
Nah ini baju-bajunya. Banyak design yang menarik ni. Cer usha


KATALOG DESIGN KOD BF
(BF01-BF06)


























Ajak geng sekepala satu kumpulan berjimba seiring sehaluan hangpa sekali tau,
untuk yang harga diskaun more than
3pcs atau 10pcs tu
DESIGN BOLEH CAMPUR-CAMPUR
 dapat diskaun, b
oleh pakai sedondon.

Ha kot nak bagi hadiah suprise oh terkejut kasih sayang cinta berbunga-bunga dekat geng ukhuwah fillah hangpa pun boleh wey

Oh ya, untuk makluman kalian, 

Tarikh sale: 2 Feb- 8 Feb (7hari sahaja)
Tarikh Delivery : 10 Mac (siap awal, kami pos awal)

Boleh campur kod dan design untuk dapatkan harga diskaun.
Postage
*bergantung kepada kuantiti


Saiz S-8XL boleh order
Extra saiz 4XL dan 5XL + RM6 sehelai
6XL dan keatas +RM12 sehelai


Dan heheheee BOLEH CETAK NAMA SENDIRI?

"erm kak anna kalau kami nak cetak nama masing2, kira macam mana?"
Okay, kalau hangpa nak cetak nama, ni haaa ini harga utk cetakan

Cetak Nama 
Rumi +RM4 sehelai
Jawi +RM5
Ajak kawan-kawan sekali tau, dapat diskaun, jimat postage.
Boleh pakai sedondon.

Anything kabur-kabur dan pening-pening lalat just pm ja kak anna ya
 wohhaaaa~ moga ukhuwah bermanis-manisan hingga ke sorga.. Amin.. ^_^

(ws) +601120580363
annamujahadah

Sabtu, 30 Julai 2016

Dreams Start by Believing

When the broken and hurt were left unsaid, art giving the soul a voice for freedom and expression.... hmmm besides an art can give my soul; melody and rhythm, it can also purifying my heart, uphold my voice & healing my pain. 

Lamanya tak melukis. Lama sangat.  Conteng tu memang selalu, tapi lukis betul2 atas sketchbook atau melukis guna digital art sambil senyum sorang2 sebab puas dengan lukisan picisan sendiri (yang perasan sendiri dan sambil bubuh caption yg memujuk hati) tu dah lama sangat tak buat. 


Bismillah,
Pada suatu hari, aku download kembali PaintToolSai nak kembali menari eh eh menconteng.

Serius  masa aku duk doodles gambaq ni, aku lukis sambil sengih mcm kartun dlm lukisan ni.


ahha~ gambaq atas ni, 30.6.2016. setelah beberapa hari aku doodles. sebab apa lama? sebab masa tu aku doodles masa bermusafir dari Perak ke Nilai nak pi hantaq report latihan industri (intern) kat USIM.  Takpalah bab musafir tu, nanti aku cerita kat entri lain insyaAllah



Untuk pengetahuan entaorang (hangpa/anda sekalian) 
Hehe, sebenaqnya elok-elok lepas habis lukis haritu, ana terus upload dekat akaun KameraEmpatSegiTepat (baca *instagram) . Panjang jugalah caption. hahaaha sama lebih kurang macam yg ana post dalam entri ni. MasyaAllah..MasyaALlah  (gelak acah2)

Tapi masa tu serius rasa mcm janggal. Akan tetapi hati kecil patik berkata "Lantaklah akaun patik. sukahati patiklah nak caption panjang2.." eh eh.. boleh dak tara tu??
Tapi seriuslah intragram ni bukanlah tempat untuk insan seperti patik, yang bila dah rasa nak berkongsi, tu dia ambik hang, berjela kisah ditaipnya. masa tu duk berkira-kira, akan aku post kisah panjang berjela di blog yang dah bersawang itu (ini.)

dan hasilnya... 
bismillah....
tadaaaaa~ terimalah



DREAMS START BY BELIEVING.Bila kita mula percaya diri, kita akan mula menyusun mimpi-mimpi😎 😎

dan bila kita dah berani untuk bermimpi yohhho 😍😍
😍hati kita telah selangkah, melangkah menghampiri cita.. amboi..amboi 😂

Erm... Erm 💬

Allah have said in Quran
"Whosever put his trust in Allah, He will suffice him" [65:3]

Bila kau telah menggenggam percaya, ☺ dan mula mengejar mimpi-mimpimu sebagai cita , Makanya pasakkan juga iman dan tawakkalmu kepada Tuhan, dan yuhhhu teruslah berlari di atas landasan kebenaran.

Well,
DREAMS START UP BY BELIEVING.
😍😍😍
Continue to BELIEVE IN ALLAH AND BE UPRIGHT 📝
Sabtu//Saturday
2July 2016

#atTalaq #KejarlahMimpimu
#iHaveADream #iBELIEVEiCANfly 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kisah di sebalik tabir ketika aku melukis 😂😅😊 

Suatu hari di malam Ramadan, masa patik duk tengah melukis  tiba2, Mak duk pacak depan pintu bilik, lalu pun patik memusingkan 💻 notebook

 👧AnakMak: mak, comel tak orang lukih
 👩Mak: comel

Mak pun bergerak ambik port nak  lepak sebelah patik. hahahaaa 😂😊😁~dalam hati patik *eleh mak ni, iya2 ja kata comel*
😒 dia tak tengok betul2 pun lagi ha! Mak pun duduk sebelah aku  eh sebelah patik dan tiba2

"Ya Allah padia mulut ternganga, duk terkangkang"

Kahkahkah kali ni memang aku tergelak... (haha tak jadi guna kata ganti nama patik)
😆 😆 😆  #doodles tu telah ku lukih tangan ke atas sebagai tanda simbolik riang ria.
Mana ada duk terkangkang, mulut dia jaa yang ternganga 🙊~hahahaa

Ya tuhan, masa tu aku takpasti samada lukisan aku mmg tak senonoh sebab mulut ternganga luas sangat 😆 atau pun , mak aku ni memang jenis menghiburkan 😂😂😁 

Tak tak...sebenarnya aku yg mmg spesies mudah terhibur, kot.. eh eh.. Kami pun lepak sambil gosip tentang  #seni 😱 hehee mak aku cikgu KH tapi power jugalah bab melukis wey

Last aku lukis guna 💻  PaintToolSai ni 2012 rasanya. lepas tu expired....😔 Dekat 4tahun aku kehilangan sebahagian daripada jiwa 😅😁  #ayatOverSangat 😑 Akhirnya nah 👆doodles pertama setelah aku install balik apps ni hehe sekian zaman 👆
Alhamdulillah akhirnya


#Comeback #PaintToolSai #AdobePhotoshop


huhuuu~actually,nowadays im not doing well. feeling like, im dying inside me. Nauzubillah, mental disorder ka padia ntah aku ni. Cuak juga andai futur dalam duk tengah2 bermujahadah... Nauzubillah..
Huhuhu I'm broken. 


"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).
Tapi in the other side of me, terubat bila melukis sambil selak terjemahan,dan baca balik caption dan ayat sendiri setiap kali melukis, aku senyum sendiri. Speechless pun ya.  Aku tau ja, aku tak broken pun sebenaqnya. mcm "quote" umm umar Khaled kata
 
YOU ARE NOT BROKEN,
YOU ARE JUST BEING CALLED BACK TO HIM


Allahu, serius speechless aku. 
Hehehe btw comel kan aku dalam lukisan tu.. okay perasan gila aku.. rasanya kalau ada orang pun yang baca entri ni, serius rasa annoying dgn minah ni. Sekian untuk hikayat kali ini.

"The work of art is a scream of freedom" -Christopher Lasch-
Wellsaid, Art is from Allah... Subhanallah~








Well,
DREAMS START UP BY BELIEVING.
😍😍😍
Continue to BELIEVE IN ALLAH AND BE UPRIGHT 📝


#Comeback
#LukisanTerapiJiwa

Anna Mujahadah bertinta mujahadah #eh
Hamasah yuk!!!
Kesian eh sekian... ^^

Isnin, 26 Oktober 2015

Lari _merapu_exhausted_





Lari..

Kalaulah mampu berlari..

Tak sebenarnya..
Tak perlu pun fikir laju ka, lembab ka, seciput ka langkah tu.
Yang penting..
Lari... lari biar kabus debu keliru dibawa dan disapu angin lalu.
Cenggitu



Cerita sem lepas.


Letih, letih mak enon wey
MasyaAllah letih..
Panas terik betul meredah lebuhraya dari USIM Nilai ke UIA Gombak
Dehidrasi tu tak terkata..
Menggelupas kulit muka gue..
Baru panas dunia.. haish nauzubillah.. mudah2an Allah pelihara..

Then, angkut segala barang dia yang memenuhkan kereta VIVA manual 
yang aku sewa dari coursemate aku.
Separuh hari rm55 so 12jam lah aku sewa ceritanya.

punyalah susah nak cari kereta sewa.
 sebabnya kak Mimi dan abg Ramzan yg aku selalu sewa kereta tu balik kampung.

To usim student,
kereta sewa kak mimi ni kancillah memang. dan of course aku sewa manual.
aku boleh bawa booth; manual &auto.
btw manual ni lagi murah ^_^
kalau manual separuh hari dari
kak mimi baru rm 50 kalau auto rm55.
bolehlah setakat nak merayau.
bukannya nak buat kereta pengantin pun kan...

kalau bukan sebab angkut barang, rasanya aku selamba badak je, 
pecut my lovely safi dua roda untuk jejak bumi UIA.
tapi tu la

Dengan peti ais nya, barang darpur kemahin  mamat ni.
tak kira dgn buku berkotak2.. tak kisah sangat part buku..
bendanya.. novel dia Ya Allah..
dah sekarang ni, dia perempuan ka aku yg perempuan.

berkotak2 wey..
Duk hostel je pun. bukannya rumah sewa.
Nak je aku luku kepala dia.

Tapi tu la. kadang2 bila orang tanya aku dengan mamat udin\
 (budak2 sekolah dia dekat Seratas yg panggil dia Mudin) 
tanya, boleh ke  akak ini.. akak itu..
akak larat ke ini itu..
aku dgn cool 
ok je..no problem..
kemain aku ni

hahahaamemang.. memanglah aku ni lagi sado dari udin kan..
boleh angkat ini itu.. masyaAllah akhwat qowwiey.. heh!
kononnya lah kan.. qowiey lah sangat...
#lukukepalasendiri

aku syak
memang, 
kitorang ni memang dah tertukar chromosome..
gamaknya..
hahaha.. 

err.. kbye, punchline tak sampai
Hahahaa lol

Part paling mengada2 udin ni, tiba2 dia suruh aku masuk kiub dia angkut dia punya peti ais.
 hadoi..

yang pertama
apakes pula aku yg kena angkat peti doyy. 
benda sekarang ni, dia anak dara 
dan kakak dia ni anak teruna ka acano?
ngek punya adik.. 
kiranya ada Naaim RApi penyelamat.
dia yg tolong angkut segala menatang barang si kodin ni. 
almaklum cuti sem.
kena lah kosongkan bilik.

yang kedua
itu blok lelaki der! memanglah  nak aku masuk kan! nak jer aku sekeh.
mujurlah aku ni memang jenis poyo acah2 cool..

Arsenal Couple










serabai gila mamat ni..
"wey leyna aku ingat taknak cukurlah sampai aku sembuh"

"taknak cukur kebenda!!? mcaam ni nak kawen..! memang hang ingat perempuan tu yg kena sara tanggung hang..
tanggung diri sendiri pun dah rupa laki mati bini.."

Hahahahaha 
dia gelaklah kan
dah aku bebel..

then tu balik tu aku merayau Bid Bad Wolf.
Haish mengalir duit gue..
mujur banyak guna baucer semata..
kalau semua tu duit. rasa nak catu ja kaki sendiri.
dah2 jangan jejak tempat jual2 buku..
huhuuu

sampai rumah, yeah aku sendirian angkut segala barang dia yg penyuh dan berat nak mampus sorang2 ke dalam rumh sewa..
MasyaAllah BERAT ..
 nak harapkan orang lain angkat.??
tak aku pujuk diri sendiri.. 
rilekslah...  ko sado kot. just do it by yourself..
real juga aku pujuk diri sendiri..
hehe..terpujuk jugalah jiwa ni

tambah2nya eheh, scene drama kejap

haish time2 tu la nak muncul board pendekar laut kan..
virus pink sangat...
udin pinjam dia punya board lah ni ceritanya...


note: nampaknya poyo aku ni, tapi kira hakak penyayang juga gue ni..
acece puji diri sendiri.. astaghfirullah..alhamdulillah..hehe
ok lah till meet again

entah kebendalah aku merapu sendiri ni.
sebenarnya this is not my current situation.
aku nak cerita benda lain. 
serabut dgn benda lain..
mungkin 
ntah tak tercerita..
aku anggaplah this post is my rebellion..
nak  menjerit sorang2 kuat2..
tak terbuat..

tapi tak kisahlah..
asalkan puas membebel.
so anggaplah this story is my manifestation as bebelan 
untuk puaskan hati
yg b.e.n.g.k.e.k nya jiwa gue
konon2 because im exhausted with student life..

Hahaha..
 mati kojol adik2 usrah aku tengok kebenda hakak depa 
duk mengarut meraban here..adududu


Sekian.. untuk sesi ini..
till i write again...
may Allah heals this soul.. 
our soul.. 
semoga iman kita sentiasa sihat kesihatannya..
Amin....
zhasss.. 
Wassalam 


Nak kena beli jersi Chelsea sehelai ka aku lepas ni? 
ke tak payah beli.???  ka tunggu orang belanja?  unconditional love?
#pendekarlaut ??
hmm...kelaut jelah kau...hahaha

 #homesick #viruspink #kelaut apa-apa je lah....
whatever

Rabu, 2 September 2015

HIKAYAT ANNA Part-time Crew (cuti semester) : TAMAT KONTRAK


Assalamualaikum. 
Salam kemerdekaan
Salam sehati sejiwa 
(kepada yg sehati dan sejiwalah kot)

Alhamdulillah... dah masuk 3 September.
Macam baru semalam aku duk meroyan letih penat kerja.
Nak ponteng,pancit #exhausted
kemain aku punya #rebel
tup...tup...Haha masyaAllah cepat sungguh masa ⌚ berlalu
Lalu aku teringat firman-Nya 
"Demi Masa sesungguhnya manusia kerugian" 😳


PART-TIME PROMOTER CREW
Al-kisah  untuk cuti semester kali ni, aku kerja sambilan sebagai promoter crew
dekat butik SteFeno & Top Fashion, Kerian Mall Parit Buntar.
Tapi bahagian aku khusus untuk SteFeno sebenarnya.
Kasut, Handbag, Dinner bag berjenama SteFeno
& kasut Geron dan Bum

Kepada yang tak tahu Kerian Mall ni dekat mana, 
Kerian Mall ni bersambung bangunannya dengan Mydin Parit Buntar.  Tapi dia punya pengurusan(management) lain-lain.





Aku start kerja 28 Julai 2015.
Dan alhamdulillah kontrak dah pun tamat 31 Ogos.

Masa cuti sem tahun lepas, Masa raya kelima aku kerja dengan company yang sama juga.
Tapi masa tu aku kerja dekat fair aras bawah.
Yang kali ni aku kerja dekat butik/kedai dia dekat aras 1.



GAJI
Gaji dia bayar ikut jam.
RM4/hour
Kira sehari 12jam tapi tolak rehat 2jam
 so
10jamxRM4=RM40
Takdalah sikit sangat. Dan tak lah banyak sangat.

Tapi mcm kalau kau ada kerja lain, better kerja lain.
Lama doh nak tercongok dekat kedai.


LETIH + EXHAUSTED
gila kau tak pancit. 10.30pagi sampai 10.30 malam.
 kau balik rumah dah gelap gelita. esok tak dan nak rehat
dah kena masuk kerja.
dan seminggu ada sehari ja cuti.
Makanya kena bekerja, 6hari seminggu

Tapi aku ada ponteng 6hari. Lama kan?
 Sakit punya pasal,
MasyaAllah.. dia punya sakit, membuatkan aku rasa, 
serius aku nak cepat2 kahwin
yups #iniserius
hahaha tiba2 nak kawen kau kaedahnya.. 
nanti aku cerita pada entri yg selanjutnya pasal cuti sakit insyaAllah.


MAKAN+PENGANGKUTAN
sendirilah ceritanya. Kemain aku berjimat tau.
ada kesempatan, insyaAllah aku attach gambaq belanjawan lebih kurang sebulan aku bekerja.


MAIN GAME 
dekat tempat kerja tu ada aunty. Hehe panggil dia kak Ling,
masa hari last dia cakap,"you tak payah buat apa2 laa. hari ni you last day maa."

bila takda customer ja, dia bawa keluar dia punya tab.

"nah hari ni you last day maa. i kasi u pinjam main game"

Seronok! tapi tab dia tu, dia bagi dekat aku sorang je lah yg main tab dia.
syok ooo disayangi aunty. hahaha password dia pun mmg aku tau.

"I ajar you,kalau yang lain datang, you ambik simpan dalam beg I. dia (depa) bukan takda fon(smartphone). kenapa tak main yang sendiri. you takpa laa. I memang saja bagi pinjam you main"



HIKAYAT BIDAN ANNA
Aku pun tak pasti. kalau jadi bidan selamanya bidan ke macam mana.
 Hari last aku kerja, semua orang beriya suruh aku mengurut. 
Kak Ling, Mardhiah, Intan..
aduhai... dengan letih kerja then nak mengurut. kih3..
Takdalah aku okay ja. 
Alhamdulillah aku kan sado
okay dah tak sado.  aku dah berisi

"Lepas ni takda sapa nak mengurut I"
eh, ayat sedih pula kak ling ni
Mardhiah pula, duk depan aku, goyang2 bahu, hint suruh mengurut.
apa-apa jelah dik. 
"Syok nya. untungnya jadi laki kak yana, sikit2 boleh minta urut tiap2 hari"
Hehe..amin.. haish asyik doa bakal pasangan aku ja untung.. 
Aku nak untung juga.



Balik tu makan Char Kuew Teow Umaq dekat dengan Jam Besar.
RM3.80 dah naik harga sekarang. dulu RM3.50 ja

aha~masa dah tutup kedai semua tunggu nak punch card
aku say good bye dekat Ah Koo dan Ah Xiong yang comel.

"Ah Xiong terima kasih. Maaf salah silap saya. Dan terima kasih jadi supervisor yang baik"

Ah Xiong senyum ja... aku tau Ah Xiong sebak. 
Kitorang sama-sama kerja masa dari fair tahun lepas dan sekarang dia dah naik pangkat.
Masa hari last aku kerja dekat fair, sebenarnya Ah Xiong cuti, tapi dia mai juga dekat fair sebab nak jumpa untuk kali terkahir.

SEBAK.
HONESTLY banyak perkara yang berlaku sepanjang aku kerja ni,
 dan membuatkan aku rasa tak pasti, macam nak nak melaksanakan tugasan aku
 sebagai graduan Dakwah and Islamic Management nanti.
Dengan keadaan masyarakatnya. Realiti yang berlaku dekat Mall. Fe'el co-worker and everything.
InsyaAllah ada kesempatan dan kerajinan aku akan sambung cerita.


31 Ogos 2015 itu
 detik terakhir aku pakai tag Crew Promoter 
untuk Hikayat Part-Time Anna sesi ini.
Dan kali ni, mungkin kali terakhir as a part-timer dgn company ni 
sebab aku pun dah final year. InsyaAllah
next year lepas habis praktikal, tiada aral aku nak terus kerja. amin
Mohon doanya.

And I see you from the sight of LOVE. 

Allahu~ I'm in blue
(sambil menanggalkan tag pekerja dan letakkan di kaunter)

malam tu tidur rumah intan sebab abah tak bagi balik.
Esok sampai2  bumi Selama aku sebak juga tapi yeay alhamdulillah
MERDEKA dari lelah kerja.
TAHMID!!!
ALHAMDULILLAH!!!
sekian
TAMAT KONTRAK 
as Part-Time Crew 
SteFeno's Promoter


Anna Mujahadah
3;53 am 3/9/2015

Ahad, 1 Mac 2015

Baru Sampai



Hari ni baru jejak kampus.

Semalam musafir dari Selama ke Nilai tercinta..
tempat aku menadah ilmu secara khusus Ijazah Sarjana Muda.

Semester baru. Semester 6 Tahun 3..
Fuh.. Sem depan dah semester 7 tahun 4..
 lepas tu praktikal..
Tu dia...graduasi secara rasmi..
MasyaAllah syeikh cepatnya masa

Semalam tak boleh tidoq

Ntah.. aku takut..keliru..


Aku ada retweet tweet
Wahai bidadari agama, Terbanglah dikau dengan sayap taqwa. Ajaklah sahabatmu yang sebaya bersama-sama. Agar nanti semua, kita kesyurgaNya.

Aku nak terbang pun rasa sayap terkoyak..
Cuak wey...
Wahai bidadari agama?
Bidadarilah sangat... waktu cuti selagi belum tinggi mentari,
Memang berguling di atas katil walaupun dah bangun dari pagi...
Syndrome katil aku ni...

Tapi...tak kisahlah aku ni bidadari ka tak.. tapi kalau aku mati malam tadi...
ntah.. malam tadi memang aku asyik pikiaq


Hidup tak sungguh2 dlm ketaatan

Dahla miskin amalan
Kalau mati malam ni,boleh terselamat dr neraka?
aku ada cukup saham ka utk syurga?
T_T


sebenarnya masa ni, dekat tangga rumah sewa tu,
 memang macam bunyi orang main.. tapi..
lantak hangla...
aku lebih duk takut  kalau tiba-tiba malaikat maut yang ada depan mata..

kental juga aku..
serius tak percaya..
betullah, dengan mengingati mati, memang matlamat kita lebih jelas dan bersungguh...

TEngah2 sedih.. aku teringat tadi ada satu hadis yang aku baca..
Hadis yang kita pun dah biasa baca

Tapi nabi kata, "sekiranya kiamat berlaku,sedangkan di tangan salah seorg drpd kamu terdpt benih pokok,maka tanamkanlah ia"

Ya seperti yang dijangka, dengan tak berapa nak sedap badan ni.. pagi tadi...waduh2
Bangun dgn nak patah belakang punya tahap sakit mujur saja teringat ciri2 pemuda islam adlh hamasah aliyah(semangat tinggi)

Tapi sebab aku masih mood segar dengan bacaan santai
"Aku Bukan Superman Aku Pemuda Luar Biasa" ni
aku bangun juga pelan..pelan...
siap2 semua..
ya Safi tiada bersamaku...
jalan kaki la apa lagi

Semangat pi kampus JalanKaki,tiba2 beruk kejar Gila aku LARI mmg masuk ja rumah yg pagar t'buka T_T takpa,jln mnuntut ilmu tu,jln ke syurga


ini kes sakit jiwa...
dekat lorong rumah aku, baru ja keluar lorong, ada beruk, aku buat2 angkat buku, dia pun beransur..
tiba2 ada sekor beruk besar terjun dari pokok, aku nak lalu wey..
aku angkat buku dia buat2 beransur tiba2 patah balik kejaq aku.
kuang ajor..

larilah... Allahu Allah..

dasyat sangat...

Selalu pagi2 ada uncle jogging tpi tadi,area 8pg kosong. taksangka,dikejar beruk aku boleh lari mcm tu SUNGGUH Allah lah sebaik2 penolong

Sampai kelas lambat.. semua beruk punya pasal.. aku pusing jalan jauh..
Aku dah la memang rasa taklarat..
Ni lagi rasa terhuyung hayang jalan kaki nak sampai tutor.
Alhamdulillah lecture baik..

Habis tutor jam 9 aku berjalan ke Canselori... Serius nak pitam...tapi sebab aku teringat, 
kata akhwat..kenalah Qawiey (kuat)
..macam kena makan benda manis.. terus aku panjat tangga yg sekali ganda tinggi dari tangga SMKA Kerian, sampai bangunan canselori...makan...
aku pi kafe..

Selesai makan, pi bendehari.. update ledger, pi pejabat fakulti..
dan
Terkesima Sejak bila org pejabat FKP mcm cool. 
Tak emosi,lancar ja berurusan.

serius tak tipu.. kakak pejabat tu, baik pula.. mungkin sebab aku pun cool, ikut prosedur..
Aku kan beretika jugalah buat benda rasmi ni.. hehe.. amin alhamdulillah.. kah3 perasan

then dia kata, dah buka estudent...
aku pun buka dan...
Allahu result aku...


Nikmat Tuhan yang manakah yang ingin aku dustakan...
Syukur..
Pertama kali aku merasa...
RAbb... Nikmat Engkau yang manakah yang aku ingin dustakan..

Tunaikan nazar insyaAllah...

😉

nah belanja air ni dulu
pepsi? 
rasanya aku teringatkan sesuatu..
just a word
"tunggu aku"


Bilik Karel Library 3.47pm
2/3/2015

Surga Di hatiku