Musafir 26 Oktober 2012 ┐('⌣')┌


Allah!!! :')

Terima kasih mak, terima kasih ayah.
Jiwa rapuh menjadi gagah,
Biar asalnya terasa lemah.

Sedetik diri mencari uzlah,
Fitrah jiwa hamba, mampankan fikrah,
Merebut rahmah, Ketemukan hikmah.

Musafir dilangkah rancak,
Terlena dalam gerabak,
Leraikan jiwa gelodak.

Rabb yang Maha membolak-balikkan hati,
Jiwa ini mencari solusi,
Musyawarah dalam interaksi,
Menghampar lembaran ilmi,
Merungkai kontroversi,
Mudah-mudahan dalam kerahmatan Ilahi.

Islam, Iman, Ihsan.
Tasawuf, Tarikat, Hakikat.
Generasi Ulul Albab Zikir&Fikir.
(3:191)

Mujahadah, agar TIDAK TERKORBAN JIWA. 
Meredah Samudera Dunia.

Biar dunia di tangan, tapi tidak di hati.

Kembara Mencari Cinta Ilahi.
Allahu Rabbi
#dilafaz Hamdalah~ Alhamdulillah~
Rabb, tiada lain selain syukur, 
kerana masih bekalkan musafir ini dengan barakah doa mak ayah.
Tiada lain selain syukur, kerana melindungi,
dan mempermudahkan kembara hambamu ini~

♥ SALAM AIDILADHA ♥ 
~Eid Mubarak. Kullu am wa antum bikhair.
Mujahadah Musafir Hamba 
syukran Pendekar Laut

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

 Tinta ini telah karang setelah tibanya di rumah,
 beberapa minit sebelum jam 5.30 pagi 26 Oktober 2012.
Yakni setelah beberapa jam berada di dalam gerabak kereta api. 
Musafir dari Nilai Negeri Sembilan menuju kampung halaman di Selama Perak.
 Sebuah Kembara Mujahadah Musafir si Hamba. 
Sungguh, kembara ini menyimpan sebuah lipatan memori. 
Semoga Allah redha. 


Terima kasih @PendekarLaut di Lautan Metropolitan.
err 
#Metropolitankah? ┐('⌣')┌