Kiriman Cinta: Komik Muslimah

Entah berapa kali aku kucup Komik 
kiriman Cinta dalam keimanan dari sahabat ini.
Terharu...

Salam cinta dari Malaysia juga.
Pengen nanges.
Terharu bangat ni ukhti Dhiba... 
:')
Komik Muslimahnya sudah sampai.
Hadiah dari pelukis dan pengkarya Komik Muslimah ini sendiri.
Sebenarnya saya hanya tanyakan bagaimana ingin mendapatkannya di Malaysia, tiba-tiba ukhti Dhiba terus mempelawa ingin menghadiahkannya kepada saya.

Semestinya sesuatu yang sangat special buat saya.
Semoga ukhuwah kita kekal selamanya. Ke syurga insyaAllah~amin...
Syukran mba.

 Al-Kisahnya, masa mak pergi sekolah tadi, Mak tiba-tiba bawa bungkusan balutan macam hadiah gitu. Dalam fikiran.

Ukhti Dhiba... Komik Muslimah..
Cepatnya dah sampai MasyaAllah.
Baru minggu lepas berbalas emel.
Tiba-tiba hari ni dah sampai ke tangan.


Ukhti Dhiba adalah sahabat blogger dari seberang.
Ya sahabat dalam keimanan yang dikenal melalui laman blogger.
Saya mengenali beliau melalui tiket lukisan.



Lukisan budak Amatur
Saya bukanlah pelukis.
Hanya seorang penconteng yang amatur.

Menconteng mengikut hati dan tangan.
Tidak istiqamah dalam lukisan. 
Rasanya saya ni kategori pencinta seni.
Terutamanya seni suara... nasyeed. Tapi itu pun kategori amatur.
Membikin lagu juga tidak istiqamah.
Tunggu ada event barulah betul-betul pulun siapkan lagu.

Dah berapa lama berhibernasi, kali ni untuk 2014 barulah betul2 buat lagu balik.
Setakat menyanyi ntah apa2 istiqamah jugalah sikit-sikit. Hoho~

Tapi serius memang bukan blogger yang istiqamah update blog.

Sedih betui. bukankah amalan yang dichentai Allah itu tak kira biarpun kecil asalkan istiqamah.
Tumbuk pipi sendiri.

Tapi ada satu perkara boleh kata, kategori istiqamah secara berkala. ngee~

Apa yang saya istiqamah, hehe semasa ada akses internet hampir setiap hari dibuka buka akaun blogger.
Tapi bukanlah seorang blogger yang istiqamah dalam mengepost entri dalam blog sendiri, namun akses masuk ke laman blogger semata ingin melihat update sahabat blogger yang sangat padu pengisian yang simple tapi padu.
Komik Muslimah
Dan semestinya salah seorangnya adalah ukhti Dhiba.


http://komikmuslimah.blogspot.com/2011/07/doa-para-kaos-kaki.html
Ini Lukisan saudari Dhiba
              Ukhti Dhiba, MasyaALlah, saya sangat mengagumi beliau, rupanya, saya juga tidak kenal. Yang saya kenal, adalah lukisan-lukisan comel di blognya, yang memberikan kesan yang mendalam pada hati saya. Tidak memerlukan bait-bait rangkaian kata-kata yang berjela-jela untuk menyampaikan apa yang ingin disampaikan. Cukup dengan kata-kata yang ringkas, tepat dan berkesan. dengan kepilan Komik Muslimah yang memaksimumkan lagi impak mesej yang beliau ingin sampaikan.


            Seingatnya saya dah follow blog ukhti dhiba sedari zaman saya sekolah sehinggalah sekarang ni pelajar BA hehe i mean degree. atau mungkin dipanggil sebagai pelajar S1 di indonesia.


           Saya sangat suka akan lukisan Dhiba sampaikan, selalu ja, bila saya rasa terkesan dengan gambar beliau, saya pun lukis balik gambar lukisan beliau tu dalam buku atau mana-mana kertas yang boleh saya capai. Haha..

Apa yang sangat saya kagum, pada saya beliau adalah akhwat yang Qawiey  terumatanya dalam bab istiqamah dengan lukisan dakwahnya.
Dengan meletakkan target berapa komik dakwah untuk mingguan, bulanan.
Melainkan jika ada urusan yang lebih aula dan utama maka tiadalah komiknya. Hehe~

MasyaAllah, Tabarakallah..
Kiriman dari seberang.Dihadiahkan oleh pelukis komik ini sendiri.
Semestinya sangat spesial buat saya.

Syukran mba Dhiba.. Syukran...
Semoga Allah eratkan hati-hati kita dalam cinta-Nya.
Barakalluhufikh

Norliyana Abdul Razak
Anna Mujahadah
Malaysia