LEMBIK

i just  can't answer anything..
accept crying..

Dari sudut ruang yang lain, nak tergelak aku dengan perasaan pelik ni.
Lembik ntah apa-apa. 
Macam "the king of pondan" pun ada.
Eh..eh?
 what the pondan.
I'm a girl ok.

Tapi tu la...
What type of nonsense statement la yang tiba2 nak singgah di kotak minda ni. 
Bongek pun ada.
Dramatik betul lahai perasan ni pun.

Dah tu dari petang semalam, cepat-cepat aku selesaikan paper Creative Thingking yang untuk waktu itu langsung tak membantu kepala otak ni, bertindak kreatif dengan sehabis baik.
Selesai aja menjawab, terus aku keluar, mengusung keliru, 

Rabb apakah benar sebegini berat praktikal untuk satu zat yang bernama ilmu?
Bertubi-tubi soalan yang seumpama itu, umpama singa yang lapar terus-terusan menerkam benaku..
Allah!
Dummmm!!!

Masa tu, serius betul dia punya rasa real... Serupa sedang ada runtuhan gunung bertampi-tampi membenam ke atas kecil tubuhku.

Ya... Sebetulnya, pagi tadi aku selesai menjawab paper Akhlak dan Tasawuf dengan jayanya.
Alhamdulillah....
Alhamdulillah syukur.
Tipulah, kalau aku tak termotivasi bila teringat akan bait-bait yang sangat membantu kesuburan rasa bara semangat oleh Pendekar Laut dari negeri penyu itu.

 Syukur yang berpanjangan aku serahkan kepada Rabb kerana dengan izin-Nya, 
dan sungguh dengan zat-Nya yang Maha Berkuasa itu, 
Dia telah mempermudahkan segala urusan ku menjawab segenap teori untuk paper exam pagi tadi.
Yang subjek itu mengenai pengertian akhlak, pengertian tasawuf, 
sirah dan tokoh-tokoh akhli sufi, tariqat-tariqat ahli sufi,
juga tidak ketinggalan ciri-ciri sifat mahmudah 
yang isinya warak, sabar, ikhlas, redha,  
dan segenap silibus subjek akhlak dan tasawuf.

Mahu-mahu, selesai exam, 
aku bergerak ke bank untuk menyelesaikan pembayaran yuran, 
mahu-mahunya lagi diuji dengan telefon bimbit yang... Allah.... Ya Allah...

"Sampai macam ni, Allah nak uji sebuah praktikal ilmu yang telah aku muntahkan teorinya dalam dewan peperiksaan tadi?"

Lahawla wala quwwatailla billah...

Memang dah lepas-lepas tu,
murah betul la ha air mata sang singa ni tumpah macam paip bocor kan...
tak pasal-pasal dari singa yang garang,
tiba-tiba dah jadi meroyan macam kucing hilang anak.

Sat..sat.. nak teriak...
sat..sat... eh...
Lucu pula aku dengan perasaan aku ni...
Kadang-kadang, dengan tiba-tibanya, aku pula yang pelik...
Aku ni nak sensitif overdose sangatnya dah kenapa?


Gila kau tak meruntunnya jiwa ni...
Kalau diputarkan balik apa yang terjadi tadi, lepas jawab exam Creative Thingkin, berkali-kali aku pecutkan motor mencari di mana..di mana zat telefon yang oren itu.
Bila mana ada kereta dan motor lalu sebelah...
Maunya berderau darah aku.
Dah tu, tunggang motor dah serupa ponteng minda.
Mata melilau mencari bangkai si oren..

Tapi bila mana yang ku temu, hanya cover belakang, dan button yg berderai.
tup..tup... tipulah tak meleleh. 
Terasa menghaba di sekitar kelopak mata...
Tiba-tiba cecair hangat pun tumpah...


I have never doubt you. But it just me. i'm so afraid, if i will hurt you. i don't want to hurt you. but i have already hurt you. (~maaf~)

sekejap-kejap, bila disentuh aja soal yang satu tu, cepat saja terus hatiku beku.
Perasaan umpama terbang diragut pergi oleh angin lalu.
Bukan saja diragut pergi, malah angin bisu yang menyapa sepi kudratku umpama 


Sedih tiba-tiba aja aci redah suka hati dia nak menyelubungi perasaan aku ni..

Dia hulurkan fon tu pada aku, sebab fon yang sebelum gelong ntah apa-apa.
Aku dah cakap dah awal-awal, aku tak kisah pun handfon gelong, bukan aku guna sangat.
Tapi kata dia, 
"memang la hang tak kisah tak boleh contact orang, tapi nak contact hang la pula susah."

Asasnya, bukan aku taknak menghargai niat baiknya masa tu, sebab aku khuatir, aku akan keciwa tahap angkasa cenggini bila apa-apa jadi pada handfon tu..

Ni bukannya drama,
 tiba2 aku ni sedang berduka cita konon2nya sebab 
dia adalah someone yang menjadikan hati ini bertanda.

Bukan macam tu....cuma...

Sebabnya, yang sedang berlaku ni bukan konon-konon,
dia sememangnya telah bertanda di hati aku.


maka tidak hairanlah jika minda ini muncul dengan satu statement yang menghantui rasa


Hatta barang disayang itu Allah ambil tuk duga sang murba,maka dari mana lagi bisa datang berani utk mencintai tuannya?Wallahi~aku takut.

Ya Salam....
Entah virus apalah yang ini.
Secepatnya aku perlukan vaksin....

Rabb jagakanlah hati aku...
Kerna jika hanya diserahkan sendiri urusan ini dengan naif dan lemah kudratku,
maka bina dan hancurlah aku...
Maka hanya Engkau, sebaik-baik penyerahan~

Continue to your jihad for Tomorrow:
 Fiqh Ibadat wa Munakahat paper..
ERrr... Fiqh Ibadat wa Munakahat

(~tiba-tiba debar)