pengalaman Aku "BIBIK part-time"

Al-kisah setahun yang lalu,
pernah empunya diri ni, jadi BiBik sambilan.

Buat kerja part-time housemate.

Penat...? 

MasyaAllah~Hanya Allah yang Maha Tahu.

Serius penat!!!!
 Gaji aku dibayar ikut kerja siap.



Makanya, the equation is:

(kalau hari ni tak siap) = (kena sambung esok sampai siap) = selesai kerja > dapatlah gajinya.

itulah hikayat kerjaya sebagai part-time housemate yang aku buat. 
atau lebih difahami sebagai Bibik part-time.


Kiranya aku ni pergi kerja sabtu, 
Pukul 8.30 pagi tu kelam kabut la contact budak muslimin mana yang free pagi tu.
Al-maklum cik kak ni nak pinjam motor. Memang minta dekat budak muslimin ajalah kan. Budak perempuan, harapanlah nak pinjam meminjam motor ni. Nak, nak jauh nun merentas lebuhraya. Memang harapan ajalah kan...

 Jauh la konon-konon aku nak pergi kerja. ^_^ ngee~ di Putrajaya, Presint 11 seingat aku. Dah tu bendanya tak da kenderaan awam yang sesuai untuk rakyat marhaen macam aku ni, nak bergerak dari USIM tercinta ke Putrajaya.  Kot-kot ada bas mini RM1-RM3 untuk ke Putrajaya tu, tak da la nak mengerah keringat merempit dari USIM ke Putrajaya tu kan.  Haha~ Makanya memang pilihan yang aku punya hanyalah satu: PINJAM MOTOR BUDAK MUSLIMIN.

Allahuakbar, gigih betul aku ni bekerja. 

Masa hari pertama tu, aku pi kerja dengan mencilok motor siapa ya. Aku tak ingat lah. 
Macam ramai aja kan motor budak2 muslimin yang aku cilok. Astaghfirullah... Haha~ macam dashyat sangat la kan, guna istilah cilok-cilok ni. 

Aku pinjam ja ha. Rasanya motor budak muslimin yang serius aku tak kenal. 
Masa tu dekat KK1. (KK1 ni satu-satunya kolej USIM yang dalam kawasan kampus. Takpa isnyaAllah di entri lain akan ku buka cerita.

Orait sambung. 
Aku berdua sebenarnya masa tu. Ada sorang budak ni, nama dia Iftitah. Iftitah ni perempuan. Dah tu, masa aku tengah terkujat terpinga mencari motor, dia tanya aku nak pi mana, aku kata nak ke Putrajaya, kerja. Dia nak ikut. 
Sebab aku memang tak tau jalan kot wilayah tengah ni maka aku pun ajak-ajak ayamlah si Iftitah ni. Malas sebenarnya nak bawa orang. Tapi its ok lah. 

Maka berjihadlah aku mengikhlaskan hati... 
(haha~ macam apa ja ayat aku. Tapi serius, di satu sudut yang lain, berat hati nak bawa si Iftitah ni.)
Tapi nak ceritanya, si budak Iftitah ni nak mengikut. Kuluuruskan niat, takpalah budak ni ikut. At least ada dengan aku, takdalah aku bengong-bengong kalau tak jumpa jalan. Dah tu kan aku ni memang tinggal area wilayah utara.

SAmbung cerita... Budak laki yang tidak aku kenal itu sudi pinjamkan motor. Allahurabbi, memang tiba2 telan ayaq liuq la aku. Kembang hatiku, Sebak ja hatini menuturkan syukur pada Rabb, kerana setapak lagi urusan aku nak mencari rezeki dipermudahkannya. 
Alhamdulillah..
Serius tak gebang, masa aku ucapkan terima kasih pada mamat muslimin tu aku, memang naik satu level tahap gentle muslimin ni pada sudut pandangan aku.

Iftitah ni nak menunggang. Maka aku dibonceng oleh dialah.
Masa tu, aku pun pertama kali pergi ke Putrajaya sendiri. Masa dulu-dulu zaman sekolah, pernahlah sekali ikut mak pi rombongan ada la singgah Putrajaya, tapi naik bas kan. Manalah aku ingat jalannya bagai.

Aku cakap dekat dia kita kena lalu Sepang. 
So ikutlah jalan ke arah Sepang. Lepas tu, aku memang ikut kata hati, cari signboard Putrajaya> Putrajaya> Putrajaya.

Jauh perjalanan, luas pengalaman.

Adalah sekian-sekian berlaku, aku sesat sampai ke stesen bas Putrajaya.
Then kak Zara, bos a.k.a majikan aku telefon, tanya jumpa jalan tak. Memang aku kata aku sesatlah di stesen bas. Maka suami kak Zara pun bagi guide line, cenggini cenggitu..
Rumah kak Zara dekat sekian-sekian punya tempat. So akhirnya jumpalah aku kawasan perumahan tersebut.

Tu dia, memang kawasan rumah orang berada. Rasanya, macam rumah orang2 atasan kerajaan mungkin..

sampai tu lewat la juga dekat pukul 11
sebab sesat.
sabtu tu kami berdua 
cuci tingkap, 
mop lantai, sapu sampah, cuci toilet bagai, 
kemas bilik.
punggah & rearrange bilik bawah yang penuh barang..
semua sampai 5 ptg.
lepas tu kami tak tak sempat habiskan kerja,
almaklum rumahnya 2tingkat..
iron baju majikan pun aku tak sempat lagi nak buat

siap tu dapat la rm50. 
Tapi kata kak Zara, asalnya rm50 tu untuk selesai semua kerja baru dapat.
Tapi dia bagi siap2. So esoknya kena pi lagi, sambung kerja  sama juga habis lepas asar. 
 untuk selesai kerja.
Alhamdulillah~yeay..
Dapat duit. gembira bukan kepalang.


Tapi sehari tu ja la yang Iftitah ikut aku.
 Sebab penat kan kerjanya. Dan dia kata tak berbaloi.
Dah tu, asalnya kak Zara memang cari seorang ja pekerja.
Dia cakap siap2 masa kami sampai, akak bayar untuk sorang ja sebenarnya,
 sebab memang akak cari sorang ja. Aku senyum dan angguk.
Memang pun tak pasti berbaloi atau tak rm50 untuk dua hari kerja.
Sebab kerjanya macam banyak.
Tapi aku ok ja. Sebab wallahi, aku memang tengah terdesak duit.
Tak ambil apa-apa tajaan.
Tapi mak sebenarnya ada ja masuk duit bulan-bulan.

Asalnya aku fikirkan cukup,
 tapi ya Allah berat rupanya hidup universiti ni.
Untuk assignment sahaja dah habis sekian-sekian wang. 
Keluarkan duit untuk bayar kereta sewa, 
bila buat kerja lapangan berkumpulan dah sekian-sekian duitnya.
Dan masa tu aku memang gigih makan sehari tak lebih dari rm2. 
Tapi dalam seminggu, adalah sekali aku belasah makan mewah sikit rm3.

Berjihad betul aku. 
Semoga Allah hitung dan kira jihad aku ini sebagai saham akhirat. 
Itu kisah setahun yang lalu. Masa aku tahun satu, sem1.

Kot-kot ada sesiapa yang berbaik hati, 
ingin menambah saham akhirat
dengan bank-in duit untuk kategori budak jihad fisabilillah yakni student yang tengah belajar amat-amatlah di alu-alukan.

Saya,pelajar tahun2 pengkhususan:
 DAKWAH dan PENGURUSAN ISLAM , USIM
berbesar hati dengan niat baik sesiapa yang berhajat. 
Jangan salah faham,  bukan untuk kepentingan diri berfoya-foya, 
tapi untuk pengajian, 
(~senyum segaris~)
kot-kot, manalah tahu dengan izin Allah ada yang berhajat, 
ni nombor telefon tuan punya diri, 0134740326.
Tiba-tiba macam lucu pula la kan, post benda cenggini.


Sekarang aku Sem4. Aku dah ada motor sendiri sekarang. 
TApi aku tak kerja dah dengan kakak tu. Sebab alkisah fon aku gelong2.... 
dan memang tak dapat nak contact dah. 
Tambahnya masa tu aku ada komitmen dengan depat piala naib canselor,
 dan assignment yang kena shooting video arab sekian-sekian.
 Memang hujung minggu sibuk.

Handfon tu, memang aku tak tumpu sangat,
sebab aku sangat sibuk dengan urusan sebagai pelajar.
 Cukup dapat hubungi mak ayah nun jauh di Perak, 
sudah memadai. itu pun tak kerap mana aku contact.
Dah ceritanya, memang aku takda kredit.
Tamat 
cerita aku sesi 1 untuk pengalaman aku "Bibik part-time."



Sekarang the truth is, why im here, bercerita panjang menjela.
Dah lama, aku tak duduk berteleku menaip entri yang sepanjang ini.
tapi hari ini aku hadir di sini..
Sekadar memenuhi fitrah manusia yang menang fitrah ingin meluahkan rasa yang terbuku di hati...

Entah.. Sebenarnya aku nak meluahkan penat ini dalam aplikasi tulisan.
Memanglah doa pada Rabb itu suatu luahan yang pasti,
 tapi, ya aku jugamanusia biasa yang ingin berkongsi rasa gitu.
Paling-paling aku taip di sini, biarpun tiada yang membaca, 
sekurang-kurangnya puas kerana cerita luahan di sini umpama metafora memuntahkan bukuan perasaan. 
Blog ni berbeza, bukan macam facebook.
Macam annoying gila la kan kalau aku post dekat wall.
Aku pun segan...
Tapi di blog, siapa yang ingin baca mereka klik, sapa yang tak nak mereka beransur.

Allahu~ 
Yang aku rasa sekang berat dan buntu....penat dan keliru..
 HanyaAllah aja yg tahu.

Dan alkisah hari ini, aku sendiri rasa macam berat hati... 
Rasa dah habis jalan keluar..
B.U.N.T.U.


Cuma satu yang aku tanam dan selalu aku yakin.

Biar sejauh mana kita rasa sedih jauh, sesak, buntu.
Allah itu Maha Tahu apa yang ada pada rasaku.
Dan bukan semata-mata Allah tahu,malah hakikatnya
Allah juga peduli.
Allah peduli sama aku.

Maka biar aku dah buntu berdepan satu konfliks ini dan itu...
namun, sehingga penghujung ikhtiarku yang buntu harus aku pahat dengan yakin...
Rabb titipkan ikhlas dan redha dihatiku.

Kerna, sejauh mana aku buntu... 
Walau tiada siapa yang mampu aku ceritakan sesaknya aku,
Cukuplah aku ada Penciptaku, 
yang sepastinya Mencitaiku tanpa ragu.

Wahai masalah, 
sungguh aku ada Allah...
(~nangis~)


TINTA MUJAHADAH           تينتا مجهاده