HIKAYAT ANNA Part-time Crew (cuti semester) : TAMAT KONTRAK


Assalamualaikum. 
Salam kemerdekaan
Salam sehati sejiwa 
(kepada yg sehati dan sejiwalah kot)

Alhamdulillah... dah masuk 3 September.
Macam baru semalam aku duk meroyan letih penat kerja.
Nak ponteng,pancit #exhausted
kemain aku punya #rebel
tup...tup...Haha masyaAllah cepat sungguh masa ⌚ berlalu
Lalu aku teringat firman-Nya 
"Demi Masa sesungguhnya manusia kerugian" 😳


PART-TIME PROMOTER CREW
Al-kisah  untuk cuti semester kali ni, aku kerja sambilan sebagai promoter crew
dekat butik SteFeno & Top Fashion, Kerian Mall Parit Buntar.
Tapi bahagian aku khusus untuk SteFeno sebenarnya.
Kasut, Handbag, Dinner bag berjenama SteFeno
& kasut Geron dan Bum

Kepada yang tak tahu Kerian Mall ni dekat mana, 
Kerian Mall ni bersambung bangunannya dengan Mydin Parit Buntar.  Tapi dia punya pengurusan(management) lain-lain.





Aku start kerja 28 Julai 2015.
Dan alhamdulillah kontrak dah pun tamat 31 Ogos.

Masa cuti sem tahun lepas, Masa raya kelima aku kerja dengan company yang sama juga.
Tapi masa tu aku kerja dekat fair aras bawah.
Yang kali ni aku kerja dekat butik/kedai dia dekat aras 1.



GAJI
Gaji dia bayar ikut jam.
RM4/hour
Kira sehari 12jam tapi tolak rehat 2jam
 so
10jamxRM4=RM40
Takdalah sikit sangat. Dan tak lah banyak sangat.

Tapi mcm kalau kau ada kerja lain, better kerja lain.
Lama doh nak tercongok dekat kedai.


LETIH + EXHAUSTED
gila kau tak pancit. 10.30pagi sampai 10.30 malam.
 kau balik rumah dah gelap gelita. esok tak dan nak rehat
dah kena masuk kerja.
dan seminggu ada sehari ja cuti.
Makanya kena bekerja, 6hari seminggu

Tapi aku ada ponteng 6hari. Lama kan?
 Sakit punya pasal,
MasyaAllah.. dia punya sakit, membuatkan aku rasa, 
serius aku nak cepat2 kahwin
yups #iniserius
hahaha tiba2 nak kawen kau kaedahnya.. 
nanti aku cerita pada entri yg selanjutnya pasal cuti sakit insyaAllah.


MAKAN+PENGANGKUTAN
sendirilah ceritanya. Kemain aku berjimat tau.
ada kesempatan, insyaAllah aku attach gambaq belanjawan lebih kurang sebulan aku bekerja.


MAIN GAME 
dekat tempat kerja tu ada aunty. Hehe panggil dia kak Ling,
masa hari last dia cakap,"you tak payah buat apa2 laa. hari ni you last day maa."

bila takda customer ja, dia bawa keluar dia punya tab.

"nah hari ni you last day maa. i kasi u pinjam main game"

Seronok! tapi tab dia tu, dia bagi dekat aku sorang je lah yg main tab dia.
syok ooo disayangi aunty. hahaha password dia pun mmg aku tau.

"I ajar you,kalau yang lain datang, you ambik simpan dalam beg I. dia (depa) bukan takda fon(smartphone). kenapa tak main yang sendiri. you takpa laa. I memang saja bagi pinjam you main"



HIKAYAT BIDAN ANNA
Aku pun tak pasti. kalau jadi bidan selamanya bidan ke macam mana.
 Hari last aku kerja, semua orang beriya suruh aku mengurut. 
Kak Ling, Mardhiah, Intan..
aduhai... dengan letih kerja then nak mengurut. kih3..
Takdalah aku okay ja. 
Alhamdulillah aku kan sado
okay dah tak sado.  aku dah berisi

"Lepas ni takda sapa nak mengurut I"
eh, ayat sedih pula kak ling ni
Mardhiah pula, duk depan aku, goyang2 bahu, hint suruh mengurut.
apa-apa jelah dik. 
"Syok nya. untungnya jadi laki kak yana, sikit2 boleh minta urut tiap2 hari"
Hehe..amin.. haish asyik doa bakal pasangan aku ja untung.. 
Aku nak untung juga.



Balik tu makan Char Kuew Teow Umaq dekat dengan Jam Besar.
RM3.80 dah naik harga sekarang. dulu RM3.50 ja

aha~masa dah tutup kedai semua tunggu nak punch card
aku say good bye dekat Ah Koo dan Ah Xiong yang comel.

"Ah Xiong terima kasih. Maaf salah silap saya. Dan terima kasih jadi supervisor yang baik"

Ah Xiong senyum ja... aku tau Ah Xiong sebak. 
Kitorang sama-sama kerja masa dari fair tahun lepas dan sekarang dia dah naik pangkat.
Masa hari last aku kerja dekat fair, sebenarnya Ah Xiong cuti, tapi dia mai juga dekat fair sebab nak jumpa untuk kali terkahir.

SEBAK.
HONESTLY banyak perkara yang berlaku sepanjang aku kerja ni,
 dan membuatkan aku rasa tak pasti, macam nak nak melaksanakan tugasan aku
 sebagai graduan Dakwah and Islamic Management nanti.
Dengan keadaan masyarakatnya. Realiti yang berlaku dekat Mall. Fe'el co-worker and everything.
InsyaAllah ada kesempatan dan kerajinan aku akan sambung cerita.


31 Ogos 2015 itu
 detik terakhir aku pakai tag Crew Promoter 
untuk Hikayat Part-Time Anna sesi ini.
Dan kali ni, mungkin kali terakhir as a part-timer dgn company ni 
sebab aku pun dah final year. InsyaAllah
next year lepas habis praktikal, tiada aral aku nak terus kerja. amin
Mohon doanya.

And I see you from the sight of LOVE. 

Allahu~ I'm in blue
(sambil menanggalkan tag pekerja dan letakkan di kaunter)

malam tu tidur rumah intan sebab abah tak bagi balik.
Esok sampai2  bumi Selama aku sebak juga tapi yeay alhamdulillah
MERDEKA dari lelah kerja.
TAHMID!!!
ALHAMDULILLAH!!!
sekian
TAMAT KONTRAK 
as Part-Time Crew 
SteFeno's Promoter


Anna Mujahadah
3;53 am 3/9/2015