Rabu, 1 Mac 2017

Surga Di hatiku


Hakak Hemo--hemo (akak emo)

Masa menonton @SYTD_2
Cuma rasa mcm sebak&sebu~takhujan pun
Jeda~kelu~pengap
Memang takterjemah jiwa yg koyak
Tapi hari-hari sesudah menontonnya
seperti hari ni tudia~dari pagi aku dah rabak
😭😭😭😭

Terksesan juga dijiwa. Walaupun endingnya kurang lebih dengan cerita yang pernah gue nonton./
Sebenarnya sempat menjeling dan pandang orang sebelah. dan hmmm hmm.. mata dia bergenang.. dan dia diam..
okay Dia tersentuh ya...  😏

"macam mana untuk certia indon pertama?" 😖😖😖😖

"hmm..okay..nice"

"macam ni lah jenis2 cerita yang aku tengok.?"
😁 "hmm patutlah hang emosional"

"ngek lah. Orang maksudkan pengisian untuk cerita tu."

Hahahaa~ well thanks for having me..



Tapi seriuslah karya asma Nadia untuk yang kali ni memang best. Pada pandangan aku Pengarah dia boleh ja buat ending dia dan letak lagi impak sedih kaw kaw.. tapi untuk "Surga yang Tak Dirindukan"  ni dia just nice ja.. Dia macam sekali lalu kesan dia pada screen Tak dramatik memang kena dengan realiti. Dan aku memang tak ternangis pun masa pun. Tapi, impak babak  sceen bagai yang sekali lalu tu elok aku memandu.. ermm... erm.. masa tu baru aku rasa.. Wallahi i cannot. Okay aku punya jiwa terus berubah dalam mood "belangsungkawa"


Yang memang awesome cerita kali ni sebab biasanya cerita2 asma Nadia dia jenis emosi semata tp kali ni pergh dia punya humor dan lucu mampuslah aku gelak dalam panggung tak pandang kiri kanan kira aci bberdekah ja nauzubillah.. Hahahahaa.. serius best..

Watak Nadia yang juga Puteri Sabrina, anaknya bunda Arini dan Pras sumpah bikin baper. Matang gila. dan perassaan yang dia rasa tu serius aku pernah rasa. Serius dejavu, aku tercari cari juga dekat mana aku pernah rasa perasaan tu.

Then okay, baiklah baru aku perasan.. Masa ada sorang mamat ni. Dia yang confess kita. Tapi ada suatu waktu Allah uji dia dengan suatu kondisi yang memang bikin dia rabak dan koyak. Tapi masa tu aku takda lah sedih mana. Perasaan tu macam aku mengikhlaskan keadaan dan takdirku begitu. Malah masa tu iman dia makin power, amal dia pun power. Aku pula yang rasa terkebelakang dan ketinggalan. Bahkan pada situasi tu, kalau dia rasa dia perlu berundur dari perhubungan kerana ujian kesihatan, masa tu aku benar2 mengikhlaskan, sebab aku rasa, aku yang tak layak dengan dia, sebab langkah dia dah sangat terkehadapan berbanding aku.

Hmm cepat ja masa berlalu...
masa tu even macam macam berlaku. aku stay ja membungakan perasaan. sampai ada orang tanya
"Hang ni takyah la bajet pencinta setia . move on la"

Okay pertama aku memang pencinta setia.
Kedua, aku memang dah move on. Cuma mungkin definisi move on untuk seorang annamujahadah tak sama dengan ampa.

pada aku "MOVE ON tu tak semestinya melupakan, Tapi MENGIKHLASKAN ketiadaan dia"
dan wallahi aku rasa aku memang mengikhlaskan ketiadaan dia. Cuma kadang2 aku sengaja melayan ingatan dan rindu hahahaa start dah ajak aku,

Okay. sekian.

Ampa memang kena tengok cerita ni. Kot ada sesapa yang rezeki lebih, nak ngajak orang teman tapi takda geng. aku boleh ja kalau ada orang nak pick up dan belanja aku. ya aku boleh temankan. HAhahahaa. aku ada ja sekitar Bangi untuk harini dan esok,...
Lusa aku ada event kat Shah Alam. itu ja sekian wassalam


Oh ya, aku tengok cerita tu hari ahad malam. PAgi Isnin tu bangkit ketika fajar belum menyinsing dan aku pop! dalam kepala terbayang scene jiwa rabak dalam Surga Yang Tak Dirindukan 2 dan ayat yang muncul dalam kepala ialah "Orang beriman mana yang tak merindukan syurga"

Okay serius aku rabak..Allahu sampaikan aku ke surga -Mu ya Rabb


Khamis, 2 Februari 2017

Tenggelam Timbul

Ini suatu hikayat panjang dan bosan sebab takda emoticon bagai.
Bismillah......

Lama betul aku punya tenggelam timbul, Tak istiqamah bil amal langsung. Tahap kentut aku punya istiqamah nya pun. Dalam tempoh 6 bulan yang terkini, wallahi banyak sangat benda dan perkara terjadi. Sakit jiwa, sakit minda dan dalam masa yang sama penyucian jiwa dan peningkatan hikmah dalam menggunakan akal insyaAllah.

Namun, ada juga masanya aku memang rasa lost. Lonely tu jarang la. Sebab aku masih dengan tabiat yang sama. Once... Arakian aku ada ja terdetik rasa lonely aku memang akan terus start safi dua roda (panggilan motor kesayangan aku bagi yang tak tahu) then aku akan bawa diri ke mana-mana masjid besar. 

Yups, im a girl. but still im just an ordinary girl. Memang orang yang kenal #annamujahadah akan nampak she looks like a tough muslimah, tapi the other sides of me, sumpah aku cuma marhaen yang lemah. Akal yang nipis bak bilahan rambut, (okay itu lirik lagu) atau boleh ja  nak diumpamakan iman yg senipis kulit bawang...hmmm makanya sebab tu aku sangat sedar bahawa aku marhaen dan aku perlu mengembara perjalanan hamba mencari Tuhan. (okay ayat drama dan noveeeeeeeel sangat).

Tapi serius lah wey, tiap-tiap kali aku rasa lost dan kelam, dingin.. aku akan naik safi redah lah dari USIM, Nilai ke kotaraya. Macam utk tahun lepas aku tak jejak lah Masjid Negara macam kebiasaan aku sebelum ni. Aku cuma jejak Masjid KLCC dan masjid KLIA. 

Kalam ulama ada mengatakan "mengembara itu menghilangkan duka"
Tapi memang betul pun, bila aku dah bawa diri, menangis atas motor, lepas tu balik rumah aku punya jiwa tu up satu maqam (level). Allahu.. sebak wey.. 

dan bilamana kita sesat dan hilang punca, Allah kembali menarik dan memegang hati-hati kita. Aduh aku terlupa. untuk yang ayat atas ni ada ayat Quran dia. tapi aku pun tak ingat surah apa dan apa mafhum sebenarnya.

Kau rasa, tak osem ka? Hang tak ke rasa yang Allah sangat sayangkan hang sebab masih pegang hati-hati hangpa. Tak ke bilamana ada orang lain yang hanyut dibawa arus, dan hang pun salah seorang yang sesak dengan dunia, tapi atas dasar iman dan islam, maka hang masih di jalan yang hang ada sekarang.

Hahaaaa aku tak tau masa aku taip ni aku nak menangis atau ketawa. Mungkin booth. Sebak, Sumpah sebak. Huish tudia. Lama tak menulis tak sangka, masih mampu tulis panjang berjela. Tapi tu la, aku perasan ja penulisan aku dan tak gemuk dan berisi macam dulu. Hanya mainan kata-kata yang diolah dan diolah yang mampu memberikan makna yang hanya sedikit. Sedihkan?


Sebab tu lah. Bila kita ada rasa ingin terus di jalan kebenaran, kuatkan usaha dan tingkat amal dan perbanyakkan kebajikan. Nak tak nak, kita kena buat sehabis baik untuk Islam. Islam tak rugi pun kalau kita taknak kerah tenaga untuk Islam. sebab janji Allah, Kalau kita ni tak kerjakan  untuk Islam , ALlah akan gantikan dengan kelompok atau geng2 lain yang memang akan bekerja untuk Islam. aduhai again. Aku tak ingat apa ayat quran yang mention pasal ni. 
(ingatkan aku andai aku terlupa, next entri aku akan gigih sikit untuk tampal pada setiap sisi yang memerlukan dalil agar dikukuhkan lagi iman dan jiwa kita bersama) Hey dey anna. kau ingat sendiri2lah. sapa ja pun yang nak baca blog ni dan ingatkan hang. 


Huhuhuuu Allahu.  Loser jugalah rasa. umur dah masuk 25 tahun ni, Kurang lebih 25 tahun hidup dalam nikmat iman dan Islam. Dikelilingi mak ayah, guru-guru, kawan-kawan dan komuniti masyarakat Islam. Tapi aku tak betui-betui jamin yang aku ni memakai dengan akhlak Islam yang betul-betul Islam. Hatta kalam Allah yang bermukjizat tu pun, yang memang rujukan compalsory as a muslim pun aku hafal berapa ketul surah ja.


Dalam aku duk rasa loser, a lot of thing happened.. Dan aku belajar banyak hikmah walaupun masih tenggelam timbul Allah tetap tak pernah tinggalkan aku sendiri. Kalau kita ingat baliklahkan. kita mesti ada satu masa yang kita doa sungguh2 semoga Allah sentiasa jaga kita, jaga jiwa kita, jaga hati kita, jaga amal kita. hidupkan kita dalam iman . dan matikan kita dalam iman. semoga kita sentiasa dalam kebaikan... hmm senyum... 

Boleh jadi, doa kita yang bersungguh-sungguh masa tu adalah one of the reason kenapa masa kita loser , bermalasan dan bangan tahap kambing malas nak mampus pergi masjid.. malas nak mampus tambah amalan2 sunat (punyalah yakin amalan fardhu kita tu macam ALlah comfirm terima. padahal semayang pun tak dan nak masuk tahiyat awal ntah berapa kali kita teringat benda2 dunia...)

Sedihkan hidup kita ni. Kadang-kadang aku sampai rasa sedih gila, bila tengok diri sendiri , tengok adik beradik sendiri , tengok komuniti masyarakat kita sendiri.. Masa tu memang wajiblah memang akan timbu persoalan dalam hati, "Masih adakah harapan untuk umat ini?"

Masa tu lah baru nak teringat Nabi wey. Ya Rasulullah .. maaf sebab tak jadi umat terbaik. Aku tau ja, memang engkau waliyullah ... memang engkau pembawa cahaya, tapi maaf, sebab cahaya dalam hati anna sendiri pun seakan sirna. okay aku dah masuk fasa emo.

dan bila benda berkaitan emosi tiba-tiba makin laju ja menaip jari ni ..kan? 


Buat yang mengenali aku sebagai Anna Mujahadah,

erm yang kenal anna mujahadah sebagai one of akhowat di medan dakwah, maaf, rentak dan dakwah tak kencang pun macam masa umur nak up dulu... Bahkan memang anna sendiri buat yang asas yang mana mampu. Wallahi dunia luar, memang boleh buat entum semua patah hati jiwa raga, rasa kalau boleh, nak ja dulu berdoa, matikanlah masa tengah berada dalam kelompok orang baik-baik... buat adik2 juniour yang turut kenal kakak badar hangpa ni as annamujahadah, Allahu, serba salah sangat... rasa macam kentut sangat sebab akak ni ntah apa2 sangat perangainya


yang kenal annamujahadah sebagai nasyeedians,
anna tak power pun. sebenarnya nama ja macam orang kenal "eh annamujahadah.. eh anna ada buat lagu.. eh itu eh ini"
padahal anna ni zero wey bab nasyid2 level profesional ni. anna train sekolah untuk ke peringkat daerah ja pun. itu pun setahun satu lagu ja yg betul2 buat, lirik kelaut, isi tak lengkap...melodi cacamarba sama ..sama macam amal anna sebagai muslim yang masih lompong sini..sana..
dan maaf, seketul annamujahadah bukanlah senantiasa update atau up to date tentang nasyid sebenarnya. maam iman yang yazid wa yanqus, macam tulah anna. buat geng adik akak abang yg anggap anna coach, buat adik2 yang sudi nyanyikan lagu akak..
But thanks for having me as nasyeedians.

yang kenal annamujahadah sebagai budak penconteng acah2 melukis lukisan,
anna minta maaf sangat, sebab ntah apa-apa lukisannya takda identiti. Melukis kemain dah lama, tapi masih pada level yang sama. Takda peningkatan betul dalam seninya.
dan maaf pada yang follow sebab lukisan tapi takda apa2 update pun kan. maaf sejuta kali maaf.


dan untuk semua, tak kisahlah yang kenal annamujahadah sebagai apa dan dari mana, maaf atas kekhilafan diri ini. doakan agar kita sama-sama kembali kepada fitrah insani. (okay ayat dah kelaut dan aku dah hilang point. petanda kena berhenti)


Last but not least, terima kasih pada yang membaca lembaran tenggelam timbul seketul anna. dan anna dedikasikan buat kalian lagu Jatuh Bangun _ Inteam.

https://www.youtube.com/watch?v=J9zQMUEYd-g



SALE TSHIRT mUSLIMAH ! SALE Raikan Ukhuwah 😏😏


Bismillah... 
Lama-lama terhilang jejak, MasyaAllah bersarang wey blog ni..
Banyak betul benda yang berlaku sampai aku sendiri terkeliru. 
Apakah ini ujian atau Nikmat buatku. fuhh~😇😇
😇 mungkin ianya Nikmat Ujian kot anna. 


apapun Alhamdulillah thummalhamdulillah..😏


SALE T-MUSLIMAH!
SALE T-SHIRT MUSLIMAH!
SALE TSHIRT MUSLIMAH dari TEAM T-SHIRT DAKWAH




Memandangkan kak anna adalah one of ejen rasmi Tshirt Dakwah, dgn id #annamujahadah Jadi di sini nak war-warkan SALE T-SHIRT DAKWAH yang sedang berlangsung.
Sale Raikan Ukhuwah, Moga ukhuwah sweet2 sentiasa, till Jannah InsyaAllah.

"Kenapa kena beli T-shirt ni kak? "
Sebab Baju Muslimah dari Team Tshirt Dakwah kainnya memang ohsem,
dan designnya pun ohsem serius baq hang.
Harganya sangat berbaloi dan berpadanan dengan kualiti tshirtnya.

Wohhaa~ mana bajunya kak bikin kempunan nak tengok ni.
Nah ini baju-bajunya. Banyak design yang menarik ni. Cer usha


KATALOG DESIGN KOD BF
(BF01-BF06)


























Ajak geng sekepala satu kumpulan berjimba seiring sehaluan hangpa sekali tau,
untuk yang harga diskaun more than
3pcs atau 10pcs tu
DESIGN BOLEH CAMPUR-CAMPUR
 dapat diskaun, b
oleh pakai sedondon.

Ha kot nak bagi hadiah suprise oh terkejut kasih sayang cinta berbunga-bunga dekat geng ukhuwah fillah hangpa pun boleh wey

Oh ya, untuk makluman kalian, 

Tarikh sale: 2 Feb- 8 Feb (7hari sahaja)
Tarikh Delivery : 10 Mac (siap awal, kami pos awal)

Boleh campur kod dan design untuk dapatkan harga diskaun.
Postage
*bergantung kepada kuantiti


Saiz S-8XL boleh order
Extra saiz 4XL dan 5XL + RM6 sehelai
6XL dan keatas +RM12 sehelai


Dan heheheee BOLEH CETAK NAMA SENDIRI?

"erm kak anna kalau kami nak cetak nama masing2, kira macam mana?"
Okay, kalau hangpa nak cetak nama, ni haaa ini harga utk cetakan

Cetak Nama 
Rumi +RM4 sehelai
Jawi +RM5
Ajak kawan-kawan sekali tau, dapat diskaun, jimat postage.
Boleh pakai sedondon.

Anything kabur-kabur dan pening-pening lalat just pm ja kak anna ya
 wohhaaaa~ moga ukhuwah bermanis-manisan hingga ke sorga.. Amin.. ^_^

(ws) +601120580363
annamujahadah

Surga Di hatiku